- Details
- Category: tips
- Hits: 2141
Kes ini sudah lama. Selama 2 bulan tidak dapat hendak selesaikan bagaimana thumbdrive tidak boleh menyalin fail walaupun sudah unlock. Tidak banyak tips di internet berkenaan masalah ini. Caranya adalah mengedit registry.
Sila lihat ketetapan registry di bawah.
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrrentControlSet\Control\StroageDevicePolicies
If there is a WriteProtect key (REG_DWORD) then
1 = Write Protect On
0 = Write Protect Off
- Details
- Category: wifi
- Hits: 3364
Sebelum ini, saya ada menunjukkan bagaimana mengesan dan merekod kedudukan AP menggunakan netstumbler dan GPS yang dikenali sebagai wardriving. Pada tutorial itu, saya menggunakan netstumbler dan GPS. Pada kali ini saya menggunakan Barbelo pada smartphone Nokia. Dengan menggunakan Nokia yang mempunyai GPS, kita tidak menyusahkan diri untuk menggunakan laptop di dalam kereta.
- Details
- Category: tips
- Hits: 3313
Kod QR adalah kod matrik 2 dimensi yang dicipta oleh syarikat Jepun Denso-Wave pada 1994. Kod ini seperti kod palang (bar code) yang terdapat pada barang-barang yang dijual di pasar raya pada waktu ini. Bezanya kod palang hanya mewakili nombor kod barang tetapi kod QR mewakili bukan sahaja nombor kod barang tetapi juga maklumat barang, URL, alamat pengguna (terdapat pada bil Telekom), papan tanda, bas dan sebagainya. Dengan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan cepat mengenai sesuatu perkara dan barang dengan hanya mengimbas kod ini. Sebab itu, kod ini dinamakan QR bermaksud Quick Response.
- Details
- Category: tips
- Hits: 3172
Sebelum ini, saya ada menunjukkan bagaimana menggunakan GPS untuk mengesan kedudukkan AP WiFi dan memetakannya di Google. Pada waktu itu, saya menggunakan penerima GPS yang disambungkan ke komputer melalui Bluetooth.
Selepas membeli Nokia E75, saya banyak menggunakan GPSnya dengan aplikasi Garmin. Sudah beberapa bulan tidak menggunakan penerima GPS tersebut, kemungkinan saya akan menjual penerima GPS tersebut. Sesiapa berminat, sila hubungi saya di webmaster[a]garagebox.org.
Tetapi kadang-kala saya memerlukan penerima GPS tunggal untuk aplikasi di komputer dan selain dari di smartphone. Apa yang perlu saya lakukan adalah menjadikan Nokia E75 menjadi GPS tunggal. Untuk itu, saya menggunakan aplikasi Symarctic ExtGPS.
Read more: Jadikan Nokia dengan GPS sebagai penerima GPS tunggal.