Hello, tutorial ini hanya suka-suka. Ini adalah cara untuk menukar teks kepada suara synthesis atau selalunya dikenali sebagai Text-to-speech. Utiliti dalam Linux yang digunakan untuk pengubahan teks ke suara adalah "festival".

Jika anda menggunakan Debian atau Ubuntu, instalasi adalah seperti di bawah.

#apt-get install festival

 

Selepas itu, install suara tetap. Biasanya suara tetap biasanya menggunakan suara English British.

#apt-get install festvox-don

Sekarang boleh cuba. Taipkan di bawah untuk membacakan tarikh hari ini.

#echo date | festival --tts

Jika sistem tiada kad bunyi seperti saya, tukar teks ke suara wav.

#echo date | text2wav -scale 50 -o date.wav

di mana, -scale adalah ketinggian bunyi yang akan dihasilkan.

 

SELAMAT MENCUBA.