Tip ini adalah dari pengalaman saya. Sebelum ini, sudah banyak kali saya mengalaminya tetapi dalam jarak masa bertahun. Ada 2 bahagian yang menyebabkan kualiti ADSL kita di rumah menjadi rendah berbanding sebelumnya. Pertamanya, adalah bahagian luaran yang menjadi bahagian yang tidak boleh kita gapai iaitu talian luar. Talian ini dari luar rumah kita sehingga ke Telekom. Jika ada masalah bunyi cracking di telefon dan selepas masalah dalam diatasi, anda perlu laporkan ke Telekom. Masalah dengan telekom ini, selagi ada sambungan dan boleh buat panggilan, mereka kata talian adalah baik. Tetapi talian usang boleh mempengaruhi kualiti ADSL.
Bahagian kedua adalah talian dalam yang mana kita boleh buat sesuatu. Bunyi cracking yang kerap akan menggangu talian ADSL. Sebab berlakunya masalah ini ada 4 bahagian yang selalunya menyumbang kepada masalah ini.
Pertamanya, kotak penyambung. Kotak kecil ini adalah antara talian luar dan dalam. Selepas beberapa tahun, kotak ini berkarat berwarna hijau pada skru penyambung. Karat hijau ini disebabkan kuprum yang teroksidan secara tidak sempurna. Lebih teruk, sambungan ini akan terputus. Tukar kotak ini jika karat.
Keduanya, kabel talian. Jika kotak berkarat, proses pengaratan ini akan merebak ke kabel ini. Anda akan dapat perhatikan sambungan RJ-11 berkarat berwarna hijau juga.
Ketiganya, jika talian anda elok tetapi klip RJ-11 telah patah. Ini akan menyebabkan sambung ke modem atau ke kotak sambungan (wallpoint) tidak kukuh. Maka bunyi cracking akan terhasil. Mungkin anda akan mencuba dengan telefon dan anda akan dengar nada tetapi selepas beberapa lama, bunyi cracking akan terhasil.
Untuk penyebab kedua dan ketiga, tukar kabel tersebut.
Keempat, adalah bahagian ADSL filter. Sama seperti kotak penyambung. Samada berkarat dan usang, tetapi jika kotak ini memang berkualiti rendah. Cuba cari ADSL filter yang baik. Bagi saya, sambung ADSL tanpa filter adalah terbaik.
Selamat mencari masalah.