Sebelum ini, saya ada menunjukkan bagaimana menggunakan GPS untuk mengesan kedudukkan AP WiFi dan memetakannya di Google. Pada waktu itu, saya menggunakan penerima GPS yang disambungkan ke komputer melalui Bluetooth.
Selepas membeli Nokia E75, saya banyak menggunakan GPSnya dengan aplikasi Garmin. Sudah beberapa bulan tidak menggunakan penerima GPS tersebut, kemungkinan saya akan menjual penerima GPS tersebut. Sesiapa berminat, sila hubungi saya di webmaster[a]garagebox.org.
Tetapi kadang-kala saya memerlukan penerima GPS tunggal untuk aplikasi di komputer dan selain dari di smartphone. Apa yang perlu saya lakukan adalah menjadikan Nokia E75 menjadi GPS tunggal. Untuk itu, saya menggunakan aplikasi Symarctic ExtGPS.
Aplikasi ini dipasang kepada Smart Symbian seperti Nokia S60 dan membuat satu sambungan serial com melalui bluetooth. Pertamanya, beban turun aplikasi ini dari http://www.symarctic.com/beta/static.php?page=extgps_download atau jika Nokia anda mempunyai QR scanner, imbas kod di bawah ini.
Selepas dipasang, anda boleh jalankan atau secara automatik, aplikasi ini akan bertindak sebagai perantara antara GPS dan serial com bluetooth. Sila ikut arahan yang ditentukan sebelum aplikasi ini dijalankan sepenuhnya. Paparan aplikasi ini adalah seperti di bawah.
Dari gambar di atas, jika GPS telah dihidupkan, statusnya akan berwarna hijau. Status berwarna merah adalah kerana Bluetooth telah on tetapi tidak disambungkan ke peralatan luaran. Dari komputer anda, cari smartphone (Nokia) anda melalui Bluetooth dan buat sambungan. Di sini saya tidak akan menunjukkan bagaimana untuk membuat sambungan bluetooth. Cara sambungan dari komputer ke smartphone melalui bluetooth mungkin berlainan.
Selepas sambungan dibuat, cari perkhidmatan (service) yang ada pada smartphone tersebut. Sila lihat gambar di bawah. Untuk perkhidmatan GPS, terdapat ikon Serial Com Symarctic ExtGPS. Buat sambungan ke perkhidmatan tersebut. Jika berjaya, status merah akan bertukar hijau. Cuba lihat properties untuk mengetahui nama serial com yang dibuat. Contohnya COM11.
Untuk mengetahui samada anda telah berjaya membuat sambungan bluetooth dari smartphone ke komputer, pasang aplikasi GPS information. Cuba google aplikasi ini. Untuk permulaan, aplikasi ini akan mengimbas serial com yang terdapat pada komputer. Jika aplikasi menjumpai serial com yang bersambung pada GPS, aplikasi akan terus menggunakan serialĀ untuk GPS. Selalunya, status serial com ini menjadi "GPS Receiver".
Selepas itu, pergi laman utama aplikasi GPS Information dan klik pada "Start GPS". Jika data GPS dipaparkan di bawah aplikasi ini, maka anda telah berjaya membuat sambungan ke komputer seperti gambar di bawah.
Maka, anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi GPS untuk komputer seperti Google Map, netstumbler, Garmin untuk PC dan sebagainya. Selamat mencuba.