Kod QR adalah kod matrik 2 dimensi yang dicipta oleh syarikat Jepun Denso-Wave pada 1994. Kod ini seperti kod palang (bar code) yang terdapat pada barang-barang yang dijual di pasar raya pada waktu ini. Bezanya kod palang hanya mewakili nombor kod barang tetapi kod QR mewakili bukan sahaja nombor kod barang tetapi juga maklumat barang, URL, alamat pengguna (terdapat pada bil Telekom), papan tanda, bas dan sebagainya. Dengan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan cepat mengenai sesuatu perkara dan barang dengan hanya mengimbas kod ini. Sebab itu, kod ini dinamakan QR bermaksud Quick Response.
Disebabkan kod ini mula digunakan di Jepun, maka telefon bimbit di Jepun pada waktu itu mula mempunyai kamera dan aplikasi pengimbas untuk kod QR. Telefon saya, Nokia E75 juga disertakan dengan aplikasi pengimbas ini. Kita boleh bermain-main dengan kod ini dengan menjadikannya seperti signature pada email dan hiasan pada baju.
Anda boleh menjana kod QR sendiri di laman ini.