Pada mulanya, PDA aku buat hal. Lepas tu, Motorola E398 ROKR aku buat hal jugak. Akhirnya, dengan selambanya, aku beli Nokia E75. Pada mula-mula pemikiran aku, Windows Mobile devices adalah gajet yang unggul di mana dia menyokong banyak aplikasi yang berguna untuk aku sebagai tech support. Walaupun, sudah banyak kali kawan-kawan guna Nokia, aku masih sokong Windows Mobile. Lebih-lebih lagi, Garmin pun sudah boleh digunakan pada Windows Mobile.
Pada awal aku beli Nokia E75 ini, aku rasa nak guna dalam 3 bulan je. Walaupun harga mahal (RM1750 - harga cadangan), aku rasa harga masih tinggi kalau jual dengan harga terpakai. Mungkin selepas itu, aku balik kepada Windows Mobile juga. Tetapi tidak. Banyak benda yang boleh aku buat dengan Smartphone ini. Yang paling penting, tak pernah sangkut (hang). Slow ada, tapi sekejap. Boot pun kejap.
Nokia E75 ini mula dipasarkan pada 15 April 2009. Sama dengan tarikh lahir aku. Memang sudah ditakdirkan agaknya. Aku tidak mahu bercerita pasal keupayaan sebenar berbanding apa yang diiklankan. Ini kena tunggu artikel akan datang. Aku cerita apa yang diiklankan. Aku ceduk sikit dari wiki dan Nokia punya website.
Pertamanya, smartphone ini boleh guna digital communication setinggi HSDPA. Untuk persekitaran Malaysia ini, memang sesuai.
Ada GPS dengan aplikasi yang disediakan oleh Nokia. Tetapi aku install Garmin. Sebab Garmin lebih menarik termasuk petanya yang dikemaskini setiap minggu di laman MalSingMap. Cepat tangkap isyarat GPS kalau cuaca cerah berbanding beberapa gajet Windows Mobile yang GPSnya terbina dalam. Kelemahannya, aku tidak pasti datangnya dari Garmin atau smartphone, di mana data tempat dan kedudukan yang ditandakan lambat terpapar dalam peta Garmin. Ada orang cadang guna peta lite, tapi aku tak suka.
Ada radio. Perlu ada earphone untuk guna radio walaupun tidak guna earphone sebab earphone jadi antennanya. Dengan aplikasi yang sama, boleh guna radio dalam talian.
Ada kamera 3.2MP. Ada 2 kamera sebenarnya. Kamera utama dan kamera sekunder. Kamera sekunder adalah untuk video call. Malang bagi aku yang guna prepaid. Kualiti video yang baik menggunakan format MP4. Aku cuba beban-naik ke YouTube, masih lagi cantik kualitinya kecuali untuk paparan gajet mudah alih lain (mobile). Cuba tengok contoh ini.
Menggunakan aplikasi bar-code dan kamera ini, boleh digunakan sebagai bar-code scanner.
Ada 2 keyboard. Utamanya, keyboard telefon biasa (numeric) dan keyboard QWERTY. Walaupun QWERTY, sampai sekarang aku tidak tahu mana butang TAB. bagi mereka yang suka smartphone ini tetapi tidak suka tebal dan tidak memerlukan QWERTY, boleh pilih Nokia E52. Nampak spesifikasinya sama, tetapi E52 ada sensor kompas.
Ada WiFi menyokong sehingga kelas b dan g sahaja. Aku suka WiFi ini sebab rasa macam roaming. Bila tetapkan nama AP pada senarai sambungan pada WiFi dan tentukan sambungan yang diperlukan oleh email, email akan syncronise kita berjumpa AP itu untuk kali kedua dan seterusnya. Maka, kita akan mendapat email terbaru dan terkini hanya menggunakan Wifi seperti kita melanggan 3G. Sesuai untuk aku yang miskin ini. Aku tidak pasti Windows Mobile boleh guna seperti ini, tetapi Windows Mobile 5 aku tidak boleh.
Bluetooth dengan EDR. Yes, aku suka dengan kelebihan EDR ini.
Guna memory micro-SD. Kalau beli smarphone ini, dapat percuma 4GB. Maksimum menyokong sehingga 16GB. Masalah sedikit kalau hendak menyalin fail besar terus ke PC. Terpaksa sediakan micro-SD adaptor setiap masa. Tetapi, E75 juga boleh menjadi seperti storan tambahan dengan menukar mod pada tetapannya. Sambungannya menggunakan USB 2.0. Maka, sendiri mahu tahu, berapa kelajuannya.
Platform N-Gage disediakan untuk permainan. Aku sudah muat turun permainan percuma tetapi belum cuba lagi.
Ada sensor accelerometer. Digunakan untuk mengesan kedudukan pusingan gajet tersebut. Aku tutup kelebihan ini. Setiap kali aku buka QWERTY keyboard, paparan akan bertukar dan itu sudah cukup.
Masa menunggu dan guna yang tinggi. Kalau menunggu, paling tinggi 3 hari berbanding Windows Mobile 1.5 hari. Dopod aku, 1 hari sahaja sudah kena caj.
Boleh digunakan sebagai VoIP untuk sistem yang menggunakan protokol SIP. Aku tidak mahu guna kemudahan ini sebab berbayar. Kecuali kalau kat pejabat kita ada PABX yang ada SIP, boleh guna untuk buat panggilan ke pejabat lain atau sambungan telefon lain. Lebih baik guna Skype. Nanti hendak mencuba, try, test.
Yang menyebabkan aku berpegang untuk guna E75 sebab ada QuickOffice. Dengan aplikasi ini, boleh buka Word, Excel dan PowerPoint. Tetapi, untuk fail format Microsoft Office 2003 ke bawah. Untuk Microsoft Office 2007 ke atas, kena simpan (save) dalam format 2003.