Biasanya, memang aku singgah ke sana kalau ke KL. Ada dua sebab, 1) aku nak meninjau barang-barang baru. 2) Nak jumpa kawan-kawan sekampung. Diorang ni, kalau tau aku ke KL, tak singgah jumpa diorang, memang marah gila kat aku. Aku cuba juga tinjau-tinjau apa yang best kat Low Yat ni. Tiada satu pun yang dapat menghiburkan hati aku. Tiba-tiba terfikir nak sambar satu PDA. Mulanya aku hendak beli PDA yang tiada phone tapi ada wifi latest type version. Malu aku, rupanya PDA sekarang semua ada phone. Aku jumpa satu model je yang tiada phone tapi wifi guna type b. Bajet aku RM1500 je.
Aku tak berniat nak menukarkan phone Motorola ni sebab baru lagi rasanya guna phone ni. Lagi pun ni pemberian orang. Hehhehehe, dari mula-mula guna handphone sampai yang model Moto ni, semua pemberian orang. Macam peminta sedekah lak, tapi tu la balasannya berbuat baik dengan orang.
So, aku dioffer DOPOD 818 PRO PDA phone dengan harga RM1599. Silap aku, tak terfikir nak beli, so aku tak buat survey sebelum beli.
Gambar #1
Gambar #2
Ni kira PDA aku yang kedua. Yang pertama Jornada 540 pemberian orang juga. Tapi aku dapat guna selama 1 bulan je. Takpe la, sebab memang dah rosak masa orang tu beri pada aku.
Kelebihan yang aku suka/nak,
- wifi type b/g
- Bluetooth
- Irda
- Microsoft office
- Voice recognizer
Yang aku tak suka,
- Comel sangat.
Salah satunya, nak menjadikan PDA ini boleh authenticate dengan wifi WPA Radius.
Menulis CMS untuk Pocket PC. Kalau boleh untuk website Garage Box. Avango link tidak cukup memberi gambaran keseluruhan kandungan.
Selepas tu, nak buat program kawalan IR. Kalau boleh nak explorer sehabis-habisnya.
Terpaksa la aku retired kan Motorola E398 ROKR tu. Tapi aku tak nak la jual sebab ni pemberian orang dan banyak berjasa dengan aku. Selama bersama aku, habis aku explorer dan upgrade semuanya.
Gambar #3
Ahakks. Aku dah jadi macam perempuan. Kecewa je, pergi shopping. Tapi aku memang tengah sedih ni. Ntah bila la aku boleh terima hakikat.