Mungkin ada antara kita sedar atau tidak sedar, dalam 1-2 minggu ini beberapa peringatan tentang penipuan perbankan internet di suratkhabar dan pemberitahuan SMS. Adakah peringatan ini hanya untuk kes penipuan dengan modus operandi lampau atau hanya untuk menyegarkan ingatan penggunanya?

Sebenarnya tidak. Peringatan ini sedikit rancak dalam 2 minggu ini kerana penggodam dan penipu perbankan internet telah mula menipu kembali. Kali ini modus operandinya sama tetapi dalam pendekatan yang berlainan. Dari 1 kes yang saya ketahui baru-baru ini, penggodam tidak lagi menggunakan nombor telefon yang tersembunyi atau nombor telefon yang panjang (panggilan dari luar negeri atau VOIP) untuk menghubungi mangsa.

DELL akan mengeluarkan satu produk yang dikatakan akan menggantikan PC. Bersaiz USB penstoran kilat dan boleh dipasang pada HDMI TV. Diberi nama Ophelia dan dikuasakan dengan Android.

Disambungkan ke internet menggunakan WiFi dan sambungan input papan kekunci dan tetikus dengan Bluetooth.

Walaupun menggunakan Android sebagai sistem operasi tetapi pengguna boleh mengakses sistem operasi lain seperti Windows, Mac OS, Linux, Google Chrome OS sehinggakan Citrix dan DELL secara maya dari sistem keawanan.

Tip ini sesuai untuk pencuri WiFi jiran sebelah. Nama pun jiran sebelah, maka banyaklah Access Point yang boleh kita perolehi. Tip ini bukanlah menyelesaikan satu masalah tetapi lebih kepada memanjang servis internet tanpa menyambung semula secara manual. Biasa la, nak sambung manual memang leceh. Maka, ada cara untuk bagi dia jadi automatik. Tapi aku guna DD-WRT. Mungkin ada firmware lain yang sesuai tapi aku tak ketemu.

 Cara nak curi WiFi jiran sebelah:

Selagi korang boleh sambung ke internet rumah diorang tanpa kebenaran tu, kira mencuri la tu. Kalau ada encryption, pandai-pandai la korang crack sendiri. Hehehhehe.

Jika anda membaca InTech dalam suratkhabar The Star semalam, ada menceritakan bagaimana pencetak 3D yang boleh mencetak pelbagai bentuk dan model sesuatu barangan. Dengan kos antara RM4000 hingga RM8000, kita sendiri boleh memilikinya.

Tidak lama dulu pun, kita ada menceritakan bagaimana ada orang yang mula mencetak bahagian raifel.

Mencetak senjata guna pencetak 3D

Kejayaan satu kumpulan di Amerika Syarikat menghasilkan magazin melebihi 10 biji peluru telah memberi satu suasana baru dalam cadangan untuk menggubal undang-undang baru penghasilan magazin dan peristiwa tembakan rambang baru-baru ini.