Menggunakan Arduino Pro Mini bersama penderian(sensor) sama seperti kita guna Arduino Uno bersama penderian. Bezanya, kita kekurangan I/O di Arduino Pro Mini dan kita masih bergantung pada Arduino Uno yang tiada microcontroller seperti yang kita buat sebelum ini (sila semak artikel sebelum ini).
Aku tak menulis secara lengkap bagaimana membuatnya tetapi cukup sekadar memberitahu kaedah asas.
Rujuk kaedah di laman ini dahulu.
http://arduino-info.wikispaces.com/DHT11-Humidity-TempSensor
Pada dasar, sambungan DHT11 adalah seperti berikut. GND dan Vcc sensor disambung kepada pin GND dan Vcc (+5V) di Arduino Pro Mini. Pin isyarat pula disambung pada pin D2 di Arduino. Jika dirujuk pada laman rujukan di atas, perlu ada pull resistor antara +5V dan pin signal.
Jangan lupa, sambungkan Arduino Pro Mini ke Arduino Uno tanpa mikrocontroller. Rujuk artikel Memprogram Arduino Pro Mini menggunakan Arduino Uno sebelum ini.
Selepas itu, beban naik sketch dari laman rujukan itu ke Arduino Pro Mini.
Selepas habis, menaik beban, lancarkan serial monitor. Dari situ, kita sudah boleh melihat bacaan sensor tersebut.
Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan, amat dialu-alukan.