Memprogram (upload - membeban atas) Arduino Pro Mini menggunakan Arduino biasa (Uno dan seangkatannya).

Selepas banyak kali guna Arduino yang biasa, kita belajar pula menggunakan Arduino yang lebih kecil dan murah.

 

Ada banyak jenis Arduino kecil dan murah. Tetapi kita mulakan dengan Arduino Pro Mini. Arduino jenis ini didatangkan sebesar ibu jari, menggunakan ATMega328, ada sambungan terus ke permukaan sesiri (serial UART), beberapa input output digital dan analog tetapi agak kurang serta tidak disertakan permukaan USB.

Ketiadaan permukaan USB ini menyukarkan arduino ini bersambung ke PC dan menerima program yang kita tulis.

 

Ada 2-3 cara yang boleh kita buat untuk membolehkan arduino pro mini menerima program. Di sini, aku nak tunjukkan bagaimana Arduino Pro Mini boleh disambungkan ke PC sekali gus menerima program dengan menggunakan Arduino Uno sebagai perantaraan. Hanya untuk Arduino Pro Mini 5V sahaja.

Pertama sekali, ambil Arduino Uno dan cabutkan pengawal mikronya (micro controller la) dari papan arduino. Ini untuk mengelakkan kita terprogram Arduino Uno semasa kita program Arduino Pro Mini. Maka, papan arduino uno hanya berfungsi sebagai USB ke Serial (FTDI sebenarnya) device.

Selepas itu, sila buat sambung seperti skematik di bawah.

Sambungan terperinci adalah seperti ini,

Arduini Uno >Arduino Pro Mini

Reset>DTR

5V>Vcc

GND>GND

Tx>Tx

Rx>Rx

Dari sambungan ini, kita boleh tahu bahawa Arduino Uno hanya di dummy atau perantaraan sahaja kepada Arduino Pro Mini.

Akhir sekali, kita masukkan program. Macam biasa, blinking test no 13. Arduino Pro Mini ada LED pada keluaran digital ke -13. Setkan board kepada Arduino Pro Mini 5V ATMega328.

Masukan contoh Blink dari menu contoh program Arduino. Lepas membeban naik program, LED pada Arduino Pro Mini akan berkelip.

Selamat mencuba.