Semasa aplikasi arduino ditambahbaik sehingga versi 1.0, aku masih lagi guna versi 0.23. Ini kerana terdapat isu di mana versi 1.0 mempunyai masalah pada beberapa library. Library ini perlu ditulis semula supaya dapat digunakan. Ini melambatkan kerja aku. Maka, aku tangguhkan dahulu.
Sehinggalah aku terpaksa bertukar ke versi baru kerana didapati versi lama mempunyai masalah slow respond semasa digunakan. Terpaksalah salin semua library dari versi lama 0.23 ke versi 1.0.1 (terkini). Tetapi library asas yang telah ada di versi baru tidak disalin bersama.
Rupa-rupanya, library yang berasal dari versi lama mempunyai masalah digunakan pada versi baru kerana library Wprogram.h telah diganti kepada arduino.h. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita hanya perlu edit library yang terlibat yang memerlukan library wprogram.h.
Contohnya, library dht11.h. Buka library dengan editor yang sesuai. Cari wprogram.h dan remarknya supaya tidak digunakan dapat program ini. Dan tambahkan skrip di bawah dalam library yang kita edit tadi.
#if defined(ARDUINO) && ARDUINO >= 100 #include "Arduino.h" #else #include "WProgram.h" #endif
Maka, linbrary dht11.h boleh digunakan oleh arduino versi 0.22, 0.23 dan 1.0.
Dalam versi 1.0.1 juga, menggunakan skrip yang ditulis menggunakan fail tambahan, *.ino berbanding *.pde sebelum ini. Tetapi versi baru masih boleh membaca fail *.pde.