GarageBox.Org

Rahsia Area 51 didedahkan.....mana ada alien?

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 16 August 2013
Hits: 4498


Selepas beberapa lama, dokumen rahsia berkenaan Area 51 telah didedahkan. Selama ini, kita mengharapkan ada alien yang mati dan dikaji secara oleh kerajaan Amerika Syarikat. Tempat ini pada awalnya menjadi kem latihan menembak semasa perang dunia kedua, dan selepas itu menjadi rahsia selepas dijadikan pembangunan dan latihan projek perisikan A-12 dan U-2.

http://www.nbcnews.com/science/area-51-its-purpose-declassified-no-ufos-lots-u-2-6C10931555

Azli Paat - satu kehilangan bagi negara.

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 07 February 2013
Hits: 5076

 

Lebih 10 tahun dulu, aku berjumpa dengan mentor aku, Ibn Yusof, penulis buku Permata Yang Hilang.

“Bang, kenal tak Azli Paat? Dia ni hebat. Macam-macam idea teknologi dia ada. Saya rasa kalau kita jumpa dia, mungkin dia boleh bantu kita buat projek.”

Macam biasalah kalau cerita gempak pada Ibn Yusof, dia dengar acuh tak acuh. Tapi cuba dia ada cerita gempak, dia paksa pula kita dengar cerita dia.

Memang betul. Beberapa bulan selepas itu, Ibn Yusof telah berjumpa Azli Paat dalam satu seminar keusahawanan. Bila balik kampung, dia sanggup panggil aku dan bercerita betapa hebatnya Azli Paat dalam meramal perkembangan teknologi akan datang.

Read more: Azli Paat - satu kehilangan bagi negara.

Penipuan perbankan internet terbaru

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 31 January 2013
Hits: 4496

Mungkin ada antara kita sedar atau tidak sedar, dalam 1-2 minggu ini beberapa peringatan tentang penipuan perbankan internet di suratkhabar dan pemberitahuan SMS. Adakah peringatan ini hanya untuk kes penipuan dengan modus operandi lampau atau hanya untuk menyegarkan ingatan penggunanya?

Sebenarnya tidak. Peringatan ini sedikit rancak dalam 2 minggu ini kerana penggodam dan penipu perbankan internet telah mula menipu kembali. Kali ini modus operandinya sama tetapi dalam pendekatan yang berlainan. Dari 1 kes yang saya ketahui baru-baru ini, penggodam tidak lagi menggunakan nombor telefon yang tersembunyi atau nombor telefon yang panjang (panggilan dari luar negeri atau VOIP) untuk menghubungi mangsa.

Read more: Penipuan perbankan internet terbaru

Ophelia, DELL - Bakal menggantikan PC

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 22 January 2013
Hits: 4535

DELL akan mengeluarkan satu produk yang dikatakan akan menggantikan PC. Bersaiz USB penstoran kilat dan boleh dipasang pada HDMI TV. Diberi nama Ophelia dan dikuasakan dengan Android.

Disambungkan ke internet menggunakan WiFi dan sambungan input papan kekunci dan tetikus dengan Bluetooth.

Walaupun menggunakan Android sebagai sistem operasi tetapi pengguna boleh mengakses sistem operasi lain seperti Windows, Mac OS, Linux, Google Chrome OS sehinggakan Citrix dan DELL secara maya dari sistem keawanan.

Read more: Ophelia, DELL - Bakal menggantikan PC

  1. Lagi pembikinan senjata dari pencetak 3D.
  2. Gagal install Windows XP pada SATA.
  3. Tahniah! Penjualan Raspberry Pi sudah mencapai setengah juta unit.
  4. Raifel dikuasakan oleh Linux.

Page 11 of 80

  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15