GarageBox.Org

Hexacopter duo: We are not spies

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 21 August 2013
Hits: 4140

Ingat lagi kes hexacopter jatuh di rumah Ketua MCA?

Aku dah agak (periksa berita sebelum ini di laman ini), hexacopter ini digunakan untuk wedding photograph.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/21/Hexacopter-duo-We-are-not-spies-Pixman-and-repairman-surrender-to-cops-after-learning-about-Wees-com.aspx

Memprogram Arduino Pro Mini menggunakan Arduino Uno

Details
Written by: Mr Garage
Category: ARDUINO
Published: 20 August 2013
Hits: 6813

Memprogram (upload - membeban atas) Arduino Pro Mini menggunakan Arduino biasa (Uno dan seangkatannya).

Selepas banyak kali guna Arduino yang biasa, kita belajar pula menggunakan Arduino yang lebih kecil dan murah.

 

Ada banyak jenis Arduino kecil dan murah. Tetapi kita mulakan dengan Arduino Pro Mini. Arduino jenis ini didatangkan sebesar ibu jari, menggunakan ATMega328, ada sambungan terus ke permukaan sesiri (serial UART), beberapa input output digital dan analog tetapi agak kurang serta tidak disertakan permukaan USB.

Ketiadaan permukaan USB ini menyukarkan arduino ini bersambung ke PC dan menerima program yang kita tulis.

Read more: Memprogram Arduino Pro Mini menggunakan Arduino Uno

Ketua Pemuda MCA dirisik dengan drone.

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 19 August 2013
Hits: 4207

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong memberitahu pemberita (diambil dari The Star) bahawa aktiviti beliau di rumah telah diperhatikan menggunakan hexacopter berkamera.

Malaysia telah mencapai satu langkah ke hadapan dalam risikan berunsur politik dan ini amat merbahaya kerana melanggar banyak isu termasuk hak peribadi seseorang.

Beliau dengan marah kenapa orang perlu merisik beliau menggunakan hexacopter yang selalu digunakan oleh pihak tentera?

Tentera??? hexacopter jenis ini boleh dibina dan dilancarkan oleh orang biasa sahaja. Sekarang ini, jurugambar amatur guna untuk mengambil shot perkahwinan dengan cara menarik.

Kalau tentera, mereka menggunakan hexacopter yang lebih canggih dari ini. Dan paling canggih di Malaysia bukan dimiliki oleh tentera, tetapi sebuah syarikat GLC yang khabarnya akan dilupuskan sebab tidak mencapai tahap yang diinginkan.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/16/Wee-Ka-Siong-MCA-hexacopter-spy.aspx

Penjenayah guna pencetak 3D untuk hasil alat "skimming" ATM

Details
Written by: Mr Garage
Category: News
Published: 17 August 2013
Hits: 5235

Polis New South Wales telah menangkap penjenayah Romania yang mencuri data kad ATM dengan alatan skimming yang pernah popular di Malaysia tidak lama dulu.

Kali ini penjenayah di Australia ini menggunakan pencetak 3D untuk menghasilkan bekas alat skimming.

GarageBox pernah memaparkan bagaimana pencetak 3D boleh menghasilkan raifel yang boleh menembak seperti raifel biasa. Kerajaan kita patut memantau penggunakan pencetak 3D ini walaupun belum ramai lagi memilikinya seperti pemantauan pencetak badge tag.

http://www.itnews.com.au/News/353590,criminals-use-3d-printed-skimming-devices-on-sydney-atms.aspx

  1. Rahsia Area 51 didedahkan.....mana ada alien?
  2. Azli Paat - satu kehilangan bagi negara.
  3. Penipuan perbankan internet terbaru
  4. Ophelia, DELL - Bakal menggantikan PC

Page 10 of 80

  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14