Dalam beberapa minggu ini, saya kerap kali menjumpai virus (worm sebenarnya) W32.Opaserv dalam pelbagai variasi.

Kebanyakkannya, ia tersebar melalui internet dan akhirnya melalui rangkaian yang dikongsikan dalam satu LAN Windows (network drive sharing). Perkongsian ini lebih tertumpu pada harddisk yang dikongsikan pada network.

Oleh itu, virus ini banyak tersebar di pejabat-pejabat yang membuat perkongsian harddisk dan pencetak samada ada password atau tidak.

Beberapa IT consultant dan antivirus developer telah mencadangkan larangan penggunaan Internet Explorer dan bertukar kepada broswer lain seperti Mozilla dan sebagainya setelah IE gagal menyekat virus Download.Ject.

Semalam, 6 Julai 2004, Projek Rintis Computing Tablet dilancarkan di SMK BK oleh Menteri Pelajaran. Ini adalah salah satu projek kajian kerajaan dan sekolah ini terpilih bagi kategori sekolah luar bandar. Kegunaan tablet PC dengan mengeksploitasi teknologi wifi.

Maka, bertambah lah satu lagi hotspot di Leban Chondong.

Kebanyakan akhbar hari ini menyiarkan kehadiran Bill Gates ke Malaysia di muka hadapan akhbar masing-masing.