Cuba untuk update antivirus Pc-cillin menggunakan kaedah manual (download virus pattern). Sebelum ini, agak kurang menggunakan Pc-cillin kerana autoupdatenya kurang memberangsangkan.

Satu pemberitahuan dari Trend Micro bahawa produk antivirusnya perlu diupdate untuk menggunakan format multi digit numbering atau tukar kepada produk terbaru kerana masalah 3 digit fail virus pattern. Mereka memberi nama fail pattern yang mempunyai akhiran *.xxx yang mana nombor yang terbesar adalah yang terbaru. Oleh itu, 3 digit yang terbesar adalah setakat 999, tetapi update virus terbaru bukan setakat 999 kali.

Kenapa mereka idak mengetahui hal ini?

http://www.trendmicro.com/en/support/npf/overview.htm

Kami mempersembahkan galeri kami menggambarkan segala aktiviti yang kami lakukan sekarang dan di masa hadapan.

Boleh terus klik di sini http://gallery.garagebox.net

Dalam beberapa minggu ini, saya kerap kali menjumpai virus (worm sebenarnya) W32.Opaserv dalam pelbagai variasi.

Kebanyakkannya, ia tersebar melalui internet dan akhirnya melalui rangkaian yang dikongsikan dalam satu LAN Windows (network drive sharing). Perkongsian ini lebih tertumpu pada harddisk yang dikongsikan pada network.

Oleh itu, virus ini banyak tersebar di pejabat-pejabat yang membuat perkongsian harddisk dan pencetak samada ada password atau tidak.

Beberapa IT consultant dan antivirus developer telah mencadangkan larangan penggunaan Internet Explorer dan bertukar kepada broswer lain seperti Mozilla dan sebagainya setelah IE gagal menyekat virus Download.Ject.