Tip ini sesuai untuk pencuri WiFi jiran sebelah. Nama pun jiran sebelah, maka banyaklah Access Point yang boleh kita perolehi. Tip ini bukanlah menyelesaikan satu masalah tetapi lebih kepada memanjang servis internet tanpa menyambung semula secara manual. Biasa la, nak sambung manual memang leceh. Maka, ada cara untuk bagi dia jadi automatik. Tapi aku guna DD-WRT. Mungkin ada firmware lain yang sesuai tapi aku tak ketemu.

 Cara nak curi WiFi jiran sebelah:

Selagi korang boleh sambung ke internet rumah diorang tanpa kebenaran tu, kira mencuri la tu. Kalau ada encryption, pandai-pandai la korang crack sendiri. Hehehhehe.

Sebelum ini juga terbaca artikel yang mana mereka menggunakan antenna parabola satelit sebagai antenna Wifi . Selalunya ia bersifat directional atau satu arah.

Hampir 2 tahun aku duduk di rumah sewa dan menggunakan perkhidmatan internet sebelah rumah. Terdapat 3 AP yang diinkrip guna WEP. 2 AP berada agak jauh sedikit dari rumah aku yang mana isyaratnya kadang kala terganggu. Maka, aku guna WiFi Adaptor booster berkekuatan 500mW RTL8187. Hanya 1 AP yang mempunyai isyarat yang agak kuat tetapi mempunyai perkhidmatan internet kelajuan 512kbps.

Adakah anda ingat bagaimana kami menggunakan Astro Dish untuk mendapatkan isyarat wifi yang jauh?

Astro Dish menjadi Wifi Dish.

Perkara ini bukan sahaja aku ada jumpa di cafe dan lapangan terbang tetapi juga di pejabat aku. Ini menyebabkan aku dan kengkawan lain mencari punca AP yang tidak dibenarkan di pejabat sampai akhirnya mengaku kalah sebab tidak berjumpa.

Dari apa yang aku baca pada hari ini (setelah bertahun mencari), rupa-rupanya ia berpunca dari PC (khususnya laptop) yang menggunakan Windows XP sambungan Ad Hoc dan dalam kes ini 'Free Public WiFi'.