Maybank telah memperkenalkan satu sistem baru untuk penjualan dan pembayaran melalui Maybank bagi penjual dan pembeli barang secara online.

Bagusnya sistem ini, kalau penjual yang sentiasa on-the-go dan sibuk, sistem ini amat sesuai. Hanya perlu ambil gambar menggunakan smartphone Apple atau Android, tulis sedikit perihal barang tersebut, harga, email, telefon, nama penjual, akaun penerima bayaran dan harga barang. Selepas ditulis, setiap barang disenaraikan ada URL setiap satu.

Nampaknya, ada juga orang yang perasan pencetak 3D ni boleh menghasilkan senjata api. Keperhatinan Zaman Khan selaku bekas polis, menampakkan dia lebih cenderung dengan perkembangan semasa berbanding mereka yang berada dalam agensi penguatkuasa.

http://www.malaysiakini.com/news/241211

Kami telah beberapa kali menyiarkan artikel berkenaan penectak 3D ini dan bahayanya.

Ingat lagi kes hexacopter jatuh di rumah Ketua MCA?

Aku dah agak (periksa berita sebelum ini di laman ini), hexacopter ini digunakan untuk wedding photograph.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/21/Hexacopter-duo-We-are-not-spies-Pixman-and-repairman-surrender-to-cops-after-learning-about-Wees-com.aspx

Menggunakan Arduino Pro Mini bersama penderian(sensor) sama seperti kita guna Arduino Uno bersama penderian. Bezanya, kita kekurangan I/O di Arduino Pro Mini dan kita masih bergantung pada Arduino Uno yang tiada microcontroller seperti yang kita buat sebelum ini (sila semak artikel sebelum ini).

Aku tak menulis secara lengkap bagaimana membuatnya tetapi cukup sekadar memberitahu kaedah asas.

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong memberitahu pemberita (diambil dari The Star) bahawa aktiviti beliau di rumah telah diperhatikan menggunakan hexacopter berkamera.

Malaysia telah mencapai satu langkah ke hadapan dalam risikan berunsur politik dan ini amat merbahaya kerana melanggar banyak isu termasuk hak peribadi seseorang.

Beliau dengan marah kenapa orang perlu merisik beliau menggunakan hexacopter yang selalu digunakan oleh pihak tentera?

Tentera??? hexacopter jenis ini boleh dibina dan dilancarkan oleh orang biasa sahaja. Sekarang ini, jurugambar amatur guna untuk mengambil shot perkahwinan dengan cara menarik.

Kalau tentera, mereka menggunakan hexacopter yang lebih canggih dari ini. Dan paling canggih di Malaysia bukan dimiliki oleh tentera, tetapi sebuah syarikat GLC yang khabarnya akan dilupuskan sebab tidak mencapai tahap yang diinginkan.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/16/Wee-Ka-Siong-MCA-hexacopter-spy.aspx