Masih ingat lagi mengenai ular besar di Muar minggu lepas? dari kes ini kita boleh mendapat pelbagai pengajaran darinya.

Diketahui berita angin ini bermula dari SMS juga. Ia tersebar di seluruh Johor, Melaka and some say Singapore juga. Ia menjadi topik hadapan di Berita Harian edisi Johor. Seluruh penduduk ini telah ke Muar untuk menyaksikan.... ular sebesar tayar? batang kelapa dan tong dram? Kerja-kerja menangkap ular ini dipercayai dilakukan oleh Jabatan Bomba dan dibantu oleh segala bomoh di Asia Tenggara dan Steve the Crocodile Hunter.

Apa yang berlaku, Muar menjadi sesak dengan orang ramai di waktu hari bukan cuti dan menguntungkan beberapa kedai makan.

Inilah besarnya kuasa SMS mempengaruhi manusia termasukkan rancangan hiburan TV. SMS jugalah yang boleh menjatuhkan manusia seperti Joseph Estrada. SMS juga menyebabkan Mas AF2 lembab sangat untuk tersingkir. SMS juga menyebabkan content provider untung juta-juta.

Oleh itu, gunalah SMS sebijaknya seperti anda membelah lembut daging dengan pisau yang tajam.