- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 4256
Dalam rancangan Mega Factories - National Geography, ada menceritakan bagaimana Lego mengilang permainan dan patung mini yang menjadi rebutan bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa yang menjadikannya bahan koleksi.
Pada satu ketika Lego mengalami kerugian teruk kerana gagal bersaingan dengan produk aplikasi di komputer yang lebih menarik. Selepas beberapa lama, Lego mendapat idea untuk membina permainan yang sama tetapi mempunyai keupayaan mekanikal dan automasi. Maka, bermula satu era baru bagi Lego dengan produk Mindstorm.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 3011
CIMB telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dipanggil perbankan sosial (social banking) di mana menggunakan platform sosial internet, di Facebook, bagi mempermudahkan transaksi perbankan. Menjadi bank pertama memperkenalkan perkhidmatan sedemikian di Asia Tenggara. Perkhidmatan ini mempunyai aplikasi di Facebook yang dikenali sebagai OctoPay.
OctoPay adalah sebahagian dari perkhidmatan CIMB Click Internet Banking, di mana ahli berdaftar menjadikan Facebook sebagai satu platform untuk beberapa transaksi terhad.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: Raspberry Pi
- Hits: 3246
Ini bukan kedai Pi. Tetapi aplikasi dalam Debian (Raspbian) yang berfungsi dengan perkakasan Raspberry Pi untuk memasang aplikasi lain seperti permainan video dan aplikasi pejabat. Nampaknya, Raspberry Pi sedang mengikuti langkah Google Play dan App Store dalam memudahkan pemasangan aplikasi yang diingini oleh pengguna.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 3071
Selepas beberapa tahun menguasai syarikat Linksys sebagai satu division dalam Cisco, akhirnya pihak pengurusan Cisco merancang untuk menjual division ini untuk keluar dari perniagaan dengan konsumer dan memberi tumpuan pada pembangunan perisian korporat dan perkhidmatan teknologi.
Mungkin di masa kegemilangan Linksys dan teknik godaman yang boleh diamalkan pada produk Linksys menyebabkan Cisco berminat memasuki perniagaan konsumer. Sehinggakan rancangan untuk menghapuskan nama Linksys mengambil masa yang agak lama. Di Amerika Syarikat, nama Linksys lebih dikenali berbanding Cisco. Mungkin kerana Cisco banyak menghasilkan produk untuk operasi syarikat yang besar dan tiada produk untuk pengguna di rumah.