2 hari lepas, terbaca di suratkhabar tempatan di mana pejuang kebebasan Syria telah membina kereta kebal untuk digunakan dalam peperangan menentang askar kerajaan Syria. Terfikir juga, macam mana diorang nak pandu kalau tiada lubang untuk melihat di hadapan.

Rupa-rupanya, memang tiada lubang intai tetapi mereka bergantung pada kamera yang dipasang pada mesingan. Yang lebih menarik lagi, pemanduannya dikawal menggunakan pengawal Playstation. Sungguh kreatif.

Teringat lama dahulu semasa Playstation 2 mula diperkenalkan, kelebihan teknologi yang digunakan dalam permainan tersebut boleh digunakan untuk menjadi sebahagian dari sistem peluru berpandu termasuk peluru nuklear.

Kes ini menjadi topik hangat pada waktu itu sehingga Sony terpaksa menghentikan sementara pengeksportan Playstation 2.

Nampaknya produk Sony terlalu baik sehinggakan boleh dijadikan alat peperangan.

http://www.france24.com/en/20121209-sham-ii-new-fighting-machine-syria-rebels