Walaupun Raspberry Pi model B mendapat sambutan yang hangat, Raspberry Pi Foudation masih lagi mahu mengeluarkan model A yang kurang keupayaannya.
Raspberry Pi model A adalah model yang lebih murah kerana beberapa bahagiannya tidak dimasukkan seperti model B. PCB model A masih lagi menggunakan PCB model B kerana pembikinan satu jenis PCB sahaja dapat merendahkan kos pembikinan.
Walaupun begitu, terdapat banyak ruang kosong terdapat di dalam model A. RAM yang digunakan adalah 256MB berbanding model B yang telah ditambah dalam versi 2.0 sebanyak 512MB. Terdapat hanya 1 sambungan USB dan tiada Ethernet. Kuasa yang digunakan juga lebih rendah.
Maka model A ini dijual dengan harga USD25.
Tetapi apakah projek yang sesuai bagi model A yang terlalu sedikit keupayaannya? Sebelum ini, kebanyakkan model B menggunakan Ethernet sebagai sistem tanpa kepala (headless), Media Centre, permainan dalam talian dan banyak lagi.
Mungkin projek yang sesuai bagi model A tidak banyak tetapi berguna bagi kes-kes yang memerlukan kos yang rendah dan tidak menggunakan keseluruhan keupayaan papan komputer ini.
Contohnya, remote sensing yang menggunakan wifi adaptor, Xbee, IR dan GSM. Sudah tentunya aplikasinya hanya menggunakan sedikit RAM dan tidak memerlukan Ethernet. Penggunaan kuasa yang lebih rendah memungkinkan pembekalan kuasa dari kuasa solar. Mungkin juga sesuai untuk aplikasi drone dan robot.