- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2840
Di Treton, USA, Jabatan Pengangkutan di sana telah memasang satu sistem kamera memerhati trafik di lampu isyarat semasa isyarat lampu merah telah menyebabkan peningkatan kadar kemalangan. Pemasangan ini dibuat untuk mengatasi kes pelanggaran di selekoh kanan (perhatian: arah lorong berlainan di Malaysia) dan mengubah sikap pemandu di sana.
Read more: Sistem trafik yang menyebabkan peningkatan kemalangan.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2657
Di kala semua kemudahan awam dan seluruh pusat data (data centre) di seluruh Manhattan lumpuh dan tidak beroperasi sewaktu Taufan Sandy melanda, masih terdapat pusat data yang masih beroperasi sepanjang tempoh taufan melanda. Sehingga berakhirnya taufan, pusat data ini masih lagi hidup. Pusat data ini menjadi contoh bagaimana tempat ini kalis dari taufan dan banjir besar yang berlaku.
Walaupun sekarang ini sudah ada pensijilan pusat data profesional (CDCP - Certification of Data Centre Professional) yang menjadi rujukan tetapi masih tidak boleh dijadikan piawai. Bukan sahaja pensijilan ini memerlukan atau tidak menepati atau piawaian keselamatan lain yang lebih baik seperti piawaian keselamatan, bangunan, utiliti, OSHA dan sebagainya di seluruh dunia.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2657
Pada 22 November 2012 lalu, satu syarikat peranti komunikasi pintar yang baru ditubuhkan memperkenalkan sistem operasi terbaru yang berasaskan Linux, sama seperti Android, dinamakan Sailfish OS. Syarikat ini yang dinamakan Jolla, dianggotai oleh beberapa bekas pekerja Nokia. Sistem operasi terbaru ini dipersembahkan oleh mereka di Helsinki, Finland.
Read more: Sailfish OS - Sistem operasi terkini untuk peranti pintar.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2634
Serangan terbaru Anonymous akan bermula terhadap syarikat-syarikat minyak seluruh dunia. Tidak diketahui bila tetapi ke semua 25 syarikat minyak dunia (termasuk Petronas) telah bersiap sedia untuk menghadapi serangan ini dan memberi amaran awal kepada kakitangan mereka.
Serangan kali ini bermotifkan batahan harga minyak yang sentiasa meningkat. Serangan-serangan yang akan berlaku adalah seperti defacement, DOS (Denial-of-service) dan kebocoran maklumat yang akan diperakui oleh Anonymous sendiri. Serangan ini bertujuan supaya syarikat-syarikat minyak dan gas menggunakan segala keuntungan mengimbangi harga minyak dan gas di pasaran dunia.
Serangan ini bukan sahaja dikenakan kepada syarikat-syarikat dari negara-negara OPEC tetapi juga syarikat bukan negara OPEC. Walaupun begitu, agak pelik jika dilihat senarai syarikat yang akan diserang tidak terdapat syarikat Indonesia Pertamina.
Deklarasi serangan #OperationFuelStrike oleh Anonymous boleh dilihat di sambungan di bawah.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2771
Akaun Twitter Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom telah digodam oleh penggodam yang pro-Palestin. Ini berkaitan dengan perkembangan terbaru konflik di Gaza. Serangan udara dan peluru berpandu oleh pihak Israel kepada penduduk Palestin telah membangkitkan kemarahan dan bantahan dari seluruh dunia. Ini termasuklah serangan digital yang dilancarkan oleh penggodam-penggodam yang menyokong perjuangan Palestin.
Read more: Penggodam godam akaun twitter dan Facebook menteri tertinggi Israel.