Di kala semua kemudahan awam dan seluruh pusat data (data centre) di seluruh Manhattan lumpuh dan tidak beroperasi sewaktu Taufan Sandy melanda, masih terdapat pusat data yang masih beroperasi sepanjang tempoh taufan melanda. Sehingga berakhirnya taufan, pusat data ini masih lagi hidup. Pusat data ini menjadi contoh bagaimana tempat ini kalis dari taufan dan banjir besar yang berlaku.

Walaupun sekarang ini sudah ada pensijilan pusat data profesional (CDCP - Certification of Data Centre Professional) yang menjadi rujukan tetapi masih tidak boleh dijadikan piawai. Bukan sahaja pensijilan ini memerlukan atau tidak menepati atau piawaian keselamatan lain yang lebih baik seperti piawaian keselamatan, bangunan, utiliti, OSHA dan sebagainya di seluruh dunia.

 

Di Manhattan, pusat data terbaik Tier 4 sekali pun, belum tentu dapat mengharungi serangan Taufan Sandy. Sebab itu pensijilan ini memberi kebebasan untuk menambahbaikkan lagi sebarang senarai semak, keselamatan dan sebagainya mengikut persekitaran lokasi dan peraturan sesuatu negara untuk menjadikan pusat data berfungsi tanpa gangguan.

Coresite yang bertempat di Avenue of the Americas, New York City adalah satu-satunya pusat data yang selamat dari Taufan Sandy.

Perkara paling penting yang menyelamatkan pusat data ini adalah sistem sokongan bekalan kuasa elektrik. Di waktu semua orang merasakan pusat data ini penting dan perlu dielakkan dari banjir, maka kebanyakkan pusat data ini diletakkan di tingkat atas bangunan dan jana kuasa elektrik berkuasa minyak ditempatkan di tingkat bawah bagi memudahkan penyaluran minyak dari pembekal dan sifat penjana itu sendiri yang buruk rupanya dan menghasilkan asap. Tetapi dalam kes Coresite, pusat data di tempatkan di tingkat bawah dan jana kuasa di tingkat atas (tingkat 15). Maka janakuasa ini bebas dari sebarang ancaman banjir. Tidak seperti janakuasa lain di tempat lain, ditempatkan di tingkat bawah sekali yang mudah ditenggelami air.

Coresite bernasib baik kerana banjir yang dialami oleh pusat data ini setinggi 3 inci.

Semasa bekalan kuasa terputus, janakuasa boleh digunakan terus tanpa perlu risau ditenggelami air. Tetapi di Coresite, semasa lampu mula berkelip dan mula mengesan kuasa tidak konsisten, mereka mula menghidupkan janakuasa tanpa tunggu elektrik terputus. Merasakan jika kuasa elektrik terputus dan seterusnya sistem bateri akan mengambilalih sokongan kuasa elektrik sebelum janakuasa mengambil alih, selalunya akan berlaku kejutan bekalan kuasa yang boleh merosakkan pelayan dan sistem komputer lain.

Untuk minyak, mereka telah bajetkan sebanyak USD9000 setiap tahun dengan 2 pembekal bagi membekal minyak untuk janakuasa yang sentiasa tersedia bila diperlukan. Simpanan minyak pada janakuasa boleh bertahan 3 hari berbanding yang dicadangkan selama 2 hari. Nampak satu pembaziran tetapi bila mana pusat data lain berhempas-pulas mendapatkan minyak untuk janakuasa mereka, walaupun banjir telah surut tetapi utiliti masih lagi belum pulih, Coresite tidak perlu bersusah payah mencari.

Sokongan sumber manusia, makanan dan tempat tinggal juga penting. Maka, bajet untuk sistem sokongan pusat data ini amatlah tinggi tetapi tidak boleh dipandang ringan. Sebarang gangguan yang menyebabkan sistem komputer dan pelayan bukan sahaja terhenti tetapi ada beberapa kes di mana pelayan mengalami kerosakkan, bukan disebabkan taufan tetapi bekalan kuasa yang tidak konsisten.

Di Malaysia, terdapat bukan sahaja pusat data yang beroperasi tetapi juga pusat kawalan penting seperti terminal lapangan terbang, kawalan trafik udara dan lebuhraya, minyak dan gas, kem tentera dan bermacam-macam lagi perlu di sokongan seperti pusat data Tier 4. Seperti yang terjadi di lapangan terbang Kota Kinabalu, tiada sistem sokongan lampu pendaratan kapalterbang menyebabkan banyak penerbangan tertangguh.

Ada di kalangan syarikat yang terlibat dengan operasi kritikal tidak membajetkan sistem sokongan yang baik, atas sebab kos yang tinggi dan tidak diperlukan sepanjang tahun. Tetapi kegagalan menghadapi malapetaka boleh menjejaskan reputasi dan kerugian yang lebih tinggi dari kos yang diperlukan untuknya.

http://slashdot.org/topic/datacenter/how-coresite-survived-sandy/