Di Treton, USA, Jabatan Pengangkutan di sana telah memasang satu sistem kamera memerhati trafik di lampu isyarat semasa isyarat lampu merah telah menyebabkan peningkatan kadar kemalangan. Pemasangan ini dibuat untuk mengatasi kes pelanggaran di selekoh kanan (perhatian: arah lorong berlainan di Malaysia) dan mengubah sikap pemandu di sana.

 

Hasilnya, berlaku peningkatan sebanyak 20% pelanggaran dari belakang dan 0.9% pelanggaran di interseksyen selepas hampir setahun penggunaannya.

Laporan jabatan ini mendapat kritikan daripada wakil masyarakat di sana dan meminta sistem ini dibuka kerana merasakan sistem gagal mengurangkan kadar kemalangan.

Di Malaysia AES - Automated Enforcement System, dianggap meningkatkan kadar kemalangan dari belakang semasa memperlahankan kenderaan secara mendadak. Sistem ini mempunya tujuan yang hampir sama di USA tetapi tidak dipasang di persimpangan jalan.

http://www.courierpostonline.com/article/20121127/NEWS01/311270020?gcheck=1&nclick_check=1