Sebelum ini juga terbaca artikel yang mana mereka menggunakan antenna parabola satelit sebagai antenna Wifi . Selalunya ia bersifat directional atau satu arah.
Baru-baru ini Kokang berpeluang menggunakan Astro Dish sebagai antenna parabola wifi. Dia ingin mengakses isyarat wifi dari AP yang terletak di dalam sebuah restoran yang jaraknya sejauh 205km.
Peralatan yang diperlukan adalah Astro dish, usb wifi adaptor, kabel USB yang agak jauh dan pasti tiada lost data serta tape pelekat.
Caranya mudah, lekatkan USB wifi adaptor pada kedudukan kepala wifi. Adalah baik jika kepala ini ditanggalkan. Dikedudukan inilah titik temu bagi isyarat yang dikumpul oleh dish ini. Lekatkan USB wifi ini dengan tape pelekat atau bahan yang difikirkan sesuai.
Sambungkan USB wifi adaptor dengan kabelnya dan seterusnya sambung ke PC.
Ubah atau halakan dish ini pada sumber isyarat wifi sehingga mendapat isyarat yang agak kuat. Gunakan perisian kismet atau netstumber untuk membantu anda.
Akhirnya, tetapkan kedudukan dish dan buatlah sambungan ke network.
Sila lihat gambar ini.
http://garagebox.org/gallery/thumbnails.php?album=23