Kebanyakkannya, ia tersebar melalui internet dan akhirnya melalui rangkaian yang dikongsikan dalam satu LAN Windows (network drive sharing). Perkongsian ini lebih tertumpu pada harddisk yang dikongsikan pada network.
Oleh itu, virus ini banyak tersebar di pejabat-pejabat yang membuat perkongsian harddisk dan pencetak samada ada password atau tidak. Virus jenis ini banyak variasi dan yang terbaru adalah W32.Opaserv.AE yang dikenal pasti pada 7 Januari 2004.
Kenapa saya menulis artikel ini kerana, walaupun PC yang telah update virus patternnya, virus masih menjangkiti dan antivirus sentiasa memberitahu, PC sedang dijangkiti dan boleh diselamatkan setiap beberapa minit. Ini sudah tentu mengganggu kerja kita walaupun PC selamat. Ini kerana terdapat PC lain dalam rangkaian yang dijangkiti sedang menyerang PC kita. Inilah kelemahan Windows yang ketara.
Langkah yang perlu diambil seperti yang saya lakukan adalah:
1) Scan virus di harddisk pada sistem yang bersih. Anda mungkin scan melalui DOS (boot disket) dengan software F-prot. Atau scan guna windows dan Norton antivirus dengan menanggalkan harddisk yang dicemari dan sambung pada sistem yang bersih. Tapi ini tidak digalakkan.
2) Jika anda pasti jenis virus itu, guna virs removal dari Symantec.
3) Selepas itu, update antivirus anda pada sistem dan harddisk yang dicemari dan scan semula.
4) Jika anda terus sambung PC ini network, pasti anda akan diserang lagi. Maka, install patch dari Microsoft bagi membaiki sistem perkongsian network tersebut. Dapatkan patch yang bertajuk "Patch Available for 'Share Level Password' Vulnerability ".
Saya hanya memberi penerangan ringkas. Jika anda ada masalah untuk memahaminya dan sebarang soalan, email kepada saya,