Sekarang ini, ada banyak rangkaian laman sosial. Ada Facebook, myspace, Friendster dan baru-baru ini, Google melancarkan Buzz di dalam perkhidmatan Gmail. Ada orang mengatakan, terlalu banyak laman sosial untuk dia daftar dan gunakan. Sehingga tak cukup masa untuk melayan semua itu. Persoalannya, adakah berbaloi mempunyai lebih dari satu akaun laman sosial?

 

 

Bergantung pada niat. Jika anda menggunakan laman sosial untuk mencari rakan-rakan baru dan bermain permainan yang ada, adalah amat merugikan jika anda mempunyai banyak laluan kepada kesemua laman sosial yang wujud di internet.

Tetapi adalah amat merugikan juga jika anda hanya mempunyai satu laluan pada satu laman sosial untuk mendapatkan keuntungan darinya.

Secara asasnya, dan menjadi senjata masa kini, maklumat menjadi satu barang berharga seperti komoditi. Jika anda mempunyai jaringan manusia yang besar, anda telah menguasai pasaran yang unik. Sebagai contoh, jika anda mempunyai rakan-rakan di dalam Facebook, mereka adalah pasaran anda. Rakan kepada rakan anda juga adalah pasaran anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu laman sosial, anda adalah paksi (kejahatan macam Darth Vader Hehhehehe) bagi kesemua manusia (rakan-rakan anda) yang terbesar.

Jaringan ini bersambungan pada jaringan lain melalui anda dan anda dapat memanipulasi maklumat yang anda terima, tahu dan sampaikan. Maka, anda tidak perlu bimbang dan dapat mengatasi masalah rakan-rakan anda yang hanya mempunyai akses pada satu laman sosial sahaja.

Seterusnya, keuntungan yang boleh anda dapat adalah perniagaan melalui maklumat tersebut. Telah terjadi dua kes pada beberapa bulan lepas pada diri saya, di mana terdapat rakan saya ingin membeli satu barang dengan harga yang murah dan berpatutan. Saya cuba sebarkan maklumat pada berkenaan pada laman sosial yang sama tetapi dari kumpulan yang berlainan dan satu laman forum. Saya mendapat respon yang agak menarik dan saya cuba menyampaikan maklumat harga dan status barang tersebut kepada rakan saya dengan harga yang berpatutan. Macam TONTO. Macam American Gangster jugak. Heheheheh.

Sesungguhnya sebarang perniagaan memerlukan niat dan persetujuan. Jika mereka tidak berminat, kita tidak rugi apa-apa. Saya masih lagi menggunakan cara ini untuk menyampaikan maklumat dan mendapat untung darinya.

Lebih baik barangan perdagangan yang diperlukan ada di tangan anda. Pastikan barangan tersebut betul dan dalam keadaan baik. Saya agak kurang selesa untuk menjual barangan yang tidak pasti. Jika silap, kita tidak akan dipercayai di kalangan rakan-rakan kita.

Saya ingatkan, jangan menipu and don't make enemy for life. Sekali anda menipu, anda tidak akan dipercayai lagi. Jika anda berdagang di Ebay atau Lelong dan anda tidak dipercayai lagi, anda boleh mendaftar akaun baru. Tetapi di laman sosial, anda akan diboikot secara zalim dan tidak adil. Pendaftaran akaun baru dengan maklumat yang agak tidak lengkap juga tidak dipercayai oleh rakan-rakan anda. Mangsa anda mungkin akan menjumpai anda semula.

Kesimpulannya, profile di laman sosial amat dipercayai. Jika anda diboikot, anda rugi. Jika anda meletakkan maklumat diri yang agak sambar juga, anda rugi. Maka, jangan menipu.

Sekian sahaja tips pengalaman saya. Selepas balik dari honeymoon saya akan cuba menulis berkenaan mencari cari orang, tolong orang dan bagaimana kita dapat keuntungan dari luar laman sosial.