Dalam satu projek migrasi dari satu sistem lama ke sistem baru, telah berlaku satu masalah yang hanya berlaku pada PC aku. PC aku menggunakan Windows 2000 berbanding orang lain yang menggunakan Windows XP. Pada awalnya, selepas beberapa hari menyiasat, aku dapati ia disebabkan user's policy yang telah diubah. Tetapi aku tidak tau mana satu yang diubah dan ini amat memenatkan sebab memerlukan membuat perbandingan satu persatu registry dan system's file.
Entah macam mana, mungkin ada orang yang buat tool yang boleh monitor registry dan file yang mengakses registry real time.Sekali cari kat google, terus jumpa REGMON. Tool ini memaparkan setiap file yang aktif dan registry yang diakses. Sekaligus, aku dapat tau registry mana yang menyebabkan program baru ini tidak respon. Selesailah masalah 3 minggu yang nak selesai. Tak selesai pun!
Dalam pada itu, aku terjumpa tool-tool bersangkutan yang menarik seperti dan TDIMon.
. Carilah sendiri apa fungsinya. Mungkin korang nak tau apsal intro aku bengang? Sebab projek aku tak terlibat langsung. Aku hanya orang yang akan attend for user. Macam orang yang pergi berperang la tapi General tak pergi. Aku yang cari sebab apsal masalah tu boleh berlaku. So, what should i get? Nothing!