Spywareblaster walaupun bertugas untuk mempertahankan diri dari spyware, tetapi ia tidak diexecutekan atau dijadikan sebagai auto-detect. Ini kerana, ia membantu kita untuk setkan mana-mana spyware yang tidak dikehendaki di broswer dan registry. Oleh itu, spyware boleh ditutup selepas ia dikonfigurasi.
Baru-baru ini, Microsoft memperkenalkan Anti-Spyware Tool nya tersendiri yang masih diperingkat BETA. Kami ada mencubanya dan kami rasa ianya terbaik buat masa ini kerana ia merangkumi pertahanan dan imbasan. Kelemahan ketara adalah bentuk pertahanannya, di mana ia perlu diaktifkan seperti auto-detect anti-virus. Ini membebankan memori dan task. Ia juga seperti XP yang diupdate dengan SP2, terlalu banyak soalan yang ditanya jika ada program baru dimasukkan. Jika orang Melayu dan juga yang tahu English pun tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh program itu dan kadang kala kurang menyenangkan. Maka, kami mencadangkan, guna saja Ad-aware dan Spywareblaster. Ia masih dapat membantu.