Rasanya, hampir 10 tahun berkenalan dengan Ibnu Yusof, penulis buku terkenal Permata Yang Hilang, berkenaan seksuaiti, motivasi, spitritual serta beberapa satira termasuk mengenai UFO dan konspirasi.
Seorang yang banyak berfikir dan memberi pandangan yang kontroversi dan bertentangan. Walaupun aku rasa amat sangsi tetapi dia satu-satunya orang yang tidak membantah segala pendapat kita walaupun mentah (umur antara kita lebih 30 tahun rasanya) kerana dia seorang yang terbuka. Walaupun mentah, ada beberapa pendapat kami yang remaja ini digunakan pakai oleh beliau dalam beberapa ceramah movasinya. Kami sedar pendapat kami diceduk. Hehhehehe.
Persidangan HITB2011KUL kali ini, diadakan di Intercontinental. Aku tidak boleh menghadirinya lebih awal seperti tahun-tahun sudah kerana pada waktu yang sama perlu mengurus keluarga dan berpendapat konferen pada kali ini mungkin tidak menarik minat aku.
Tetapi aku silap, ada beberapa ilmu berguna walau sedikit seperti picking kunci Solex, air travel hacking dan closing keynote dari Richard Thieme.
Aku tidak tahu macam mana aku boleh masuk terus closing keynote ini walhal hendak tunggu bermulanya closing event saja. Closing keynote ini disampaikan oleh Richard Thieme yang bertajuk, Conspiracy Theories, Counter-Intelligence and Knowing the Players without a Program.
Ucapan Mr Thieme banyak berkenaan cabaran teknologi baru, konspirasi kerajaan dan syarikat-syarikat teknologi yang menjadikan rakyat dan pengguna sebagai sasaran untuk kebaikan mereka.
Contoh yang diberi, seperti syarikat anti-virus yang mencipta virus yang disebar seluruh dunia supaya, syarikat ini dapat mengeluarkan perisian yang bernilai berjuta ringgit dan dijual kepada semua pengguna dan syarikat lain yang memerlukannya. Ini cara untuk menunjukan produk mereka adalah yang terbaik.
Bagi kerajaan pula, di zaman sekarang ini, tidak perlu lagi menangkap dan memaksa orang atau merisik atau meminta orang mengaku salah untuk mendapatkan maklumat. Dengan memperlihatkan rakyat sebagai sasaran, mereka boleh mendapat maklumat yang berguna tanpa menyusahkan orang lain.
Contohnya, sesebuah kerajaan boleh mengetahui minat, sifat, umur, kesihatan dan bermacam-macam lagi maklumat berkenaan sasarannya dengan hanya memerhatikan lokasi dan bentuk pergerakan sasaran. Lokasi dan pergerakan sasaran ini diperolehi melalui telefon bimbit yang digunakan oleh sasaran (pengguna).
Separuh dari penduduk Malaysia menggunakan telefon bimbit. Dari penggunaan telefon bimbit ini, kita boleh mengetahui kedudukan mereka walaupun tidak tepat tanpa GPS, tetapi secara umum, bergantung kepada kedudukan stesen telko.
Mungkin kita boleh menghubungkan teori ini kepada isu terpanas waktu ini di Malaysia iaitu politik. Bagaimana untuk kerajaan tahu berapa ramai penyokong satu parti, kadar ketaksubannya (ketegaran), tahap pemikirannya, pekerjaan tetap mereka, dan kesihatan mereka.
Dengan hanya mengambil kira lokasi dan bentuk pergerakan mereka, kita akan dapat semua maklumat tadi. Jika ada ceramah politik satu parti politik dalam satu kawasan tertentu, sudah tentu, kadar capaian ke stesen pengulang telko akan meningkat. Dengan mendapatkan senarai penuh pengguna telefon bimbit ini, akan diperiksa kesahihannya (check-and-balance) dengan satu ceramah parti politik yang sama di tempat yang berhampiran dengan waktu yang berlainan. Dengan beranggapan, orang yang sama akan hadir pada kedua-dua ceramah politik ini, maka, kita akan dapat bilangan dan senarai penyokong parti politik ini. Untuk mendapatkan bilangan dan senarai penyokong tegar, kita boleh bandingkan senarai ini samada ada mereka ini adakan berada pada ceramah politik ini pada jarak lebih 50km dari ceramah permulaan tadi dalam masa setiap minggu atau setiap bulan. Dengan beranggapan, orang yang taksub akan sanggup menyertai ceramah walaupun jauh.
Anggapan ini boleh diterima pakai sewaktu aku dalam arena underground hehehehe.
Untuk mengetahui pekerjaan mereka, kita boleh melihat kedudukan mereka antara pukul 6:00am sehingga 6:00pm 5 hari bekerja. Samada berada di kawasan komersial (swasta), kawasan bangunan kerajaan seperti pejabat kerajaan atau sekolah atau merayau-rayau di kawasan mereka (bekerja sendiri).
Dan macam-macam lagi maklumat yang boleh kita perolehi. Banyak yang terfikir dalam kepala tapi ruang ini tidak membenarkannya.
Kenapa saya membandingkan Richard Thieme dan Ibn Yusof? Mereka berdua banyak berfikir, menentang arus pemikiran, mempunyai pendapat kontroversi serta menerbitkannya, dikenali sebagai penceramah dan minat mereka berdua bermula dengan kajian spiritual. Boleh dikatakan pendapat mereka ini agak mengarut tetapi seronok didengar dan boleh difikirkan.