Pada pagi ini, saya mendapat berita bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia. Setelah bertahun berjuang melawan kanser yang dihadapinya akhirnya, beliau meninggal jua setelah meletak jawatan dalam Apple 2 bulan lalu.
Kehilangan Steve Jobs adalah kehilangan besar dalam komputer dan budaya moden terkini. Segala-gala idea, penciptaan, persembahan (presentation), gaya, pengaruh dan pelbagai lagi menjadi ikutan orang lain dan seterusnya menjadi trend di seluruh dunia.
Dari stail button dan antaramuka di Mac, iPhone dan iPad, menjadi ikutan pada semua komputer bukan Apple. Cara guna iPad menggunakan jari yang leret juga menjadi pilihan utama untuk table bukan Apple. Penggunaan tetingkap (windows) dan tetikus (mouse) juga pertama berjaya diperkenalkan oleh Apple walaupun sebenarnya Xerox yang pertama, gagal kerana karenah birokrasi.
Sehinggakan nama (i) iPad dan iPhone menjadi ikutan oleh ahli perniagaan teknologi lain seperti nama syarikat bermula dengan huruf "i". Contohnya syarikat yang aku bekerja sekarang, iP*****s. So sucks.
Bill Gates dalam komen terbarunya berkenaan kematian Steve Jobs, kematian beliau mungkin akan melambatkan perkembangan budaya dan teknologi. Apakan tidak, ramai copy-cat akan hilang arah untuk mencari idea baru.