Beberapa tahun dahulu (tidak ingat tarikh sebenar), di dalam surat khabar tempatan, seorang pemuda telah mendapatkan bukti bagi polis membuka semula kes siasatan pembunuhan ibunya. Buktinya adalah senarai rekod panggilan keluar dan masuk terakhir telefon bimbit ibunya.

Bagaimana dia mendapatkan rekod tersebut dari telco tanpa waran atau prosedur yang sah?

Kevin Mitnick, dalam buku terbarunya Ghost in the Wire, menceritakan bagaimana dia menggunakan kepintaran social engineering dan penggodaman untuk hiburan semata-mata. Sehingga pada suatu hari, dia mendapati adik tirinya mati disebabkan dadah berlebihan. Yang menjadi persoalan, bagaimana penagih dadah yang tidak pernah menggunakan suntikan mati dengan dengan suntikan di lengan kanan walhal dia bukan seorang yang kidal.

Kevin menggunakan kepintarannya dengan memasang peralatan spy kepada 2 orang suspek. Tapi tidak berhasil kerana tiada bukti kukuh untuk mensabitkan jenayah terhadap adik tirinya. Sehingga salah seorang suspek mati (kerana dadah juga) iaitu pakciknya sendiri, di mana bekas isterinya memberitahu Kevin, pakciknya ada meminta bantuan bekas isterinya untuk melupuskan mayat abang tiri Kevin.

Buku terkini Kevin Mitnick kini di pasaran. Di Malaysia dengan harga lebih kurang RM90 di MPH dan Kinokinuya. Buku ini amat ditunggu-tunggu oleh (aku hehehe) semua orang kerana Kevin telah dilarang untuk tidak menceritakan kisah hidupnya selama 7 tahun dalam bentuk apa sekalipun selepas memenangi perjanjian dengan mahkamah untuk menghapuskan larangan mengakses internet pada 2003.

Maka, bermula pada waktu itu, Kevin Mitnick hanya boleh menulis buku yang tiada kaitan langsung dengan kisah hidupnya. Bermula dengan buku, The Art of Deception dan The Art of Intrusion. Mungkin sikap tidak puashati dengan tuduhan tidak berasas dikenakan padanya atau ketidaksabaran peminat beliau untuk membaca penulisannya, menyebabkan Kevin menulis buku The Art of Intrusion iaitu buku mengenai penggodaman yang dilakukan oleh orang lain.

Selepas tamat larangan pengisahan pengalaman Kevin Mitnick pada tahun lalu, dia bersama William L Simon telah menulis buku terbarunya berkenaan sejarah hidupnya, falsafah dan pengalaman-pengalamannya yang mengagumkan. Ini mungkin dapat menjawap beberapa persoalan, berita angin dan tuduhan tidak berasas kepada Kevin.

Kalau berminat, bacalah buku nya Ghost in the Wire: My Adventure as the World’s Most Wanted Hacker.

Semasa nak beli buku ni, terpandang pula buku mafiaboy. Walaupun bukan buku yang diidamkan, tapi beli juga sebab hendak mendapatkan semangat yang hampir hilang. Termasuk buku Mustaine:A Life in Metal.