- Details
- Category: News
- Hits: 2254
Garagebox.Org ini bukanlah laman yang terkenal. Hanya ada pendapat, idea dan pengalaman sahaja dalam bahasa Melayu yang kami rasakan capaian kami tidak menjangkau sehingga luar negara. Tetapi sepanjang minggu ini, (selamat hari jadi), capaian meningkat dari kebiasaan 10-20 hit hingga ke 60-70 hit sehari.
Read more: Capaian GarageBox.Org meningkat sepanjang minggu ini.
- Details
- Category: News
- Hits: 2550
http://mobile.slashdot.org/story/10/04/09/1854211/BlackBerry-Maker-To-Buy-QNX-For-RTOS-amp-Dev-Suite
Blackberry, syarikat pembuat smartphone yang terkenal akan membeli QNX Software System, pembuat Realtime Operating System. QNX Neutrino adalah satu OS seperti Unix dalam bentuk realtime atau lebih dikenali sebagai RTOS. QNX digunakan dalam banyak industri. Aku pernah menggunakannya 2 tahun lepas secara tidak sengaja semasa menggodam aplikasi pada alatan Johnson Control, controller untuk kad akses.
- Details
- Category: News
- Hits: 2645
Selepas kahwin ini, banyak perkara perlu dibuat. Samada keperluan atau kehendak sendiri. Segala keperluan sudah tersedia termasuklah duduk sendiri kat rumah walaupun sewa. Dengan perabot baru yang aku tak pernah ada sebelum ini. Yela, sebelum kahwin, tidur pun beralaskan tikar mengkuang je. Sedih oooo. Walaupun tiada kemudahan perlu macam Internet dan Astro, tapi semua tu perlu diketepikan buat masa ini kerana kekangan masa. Bukan duit. Aku tiada banyak masa di rumah. On-line hanya di rumah emak.
Disebabkan sudah duduk sendiri, mulalah berangan-angan untuk membuat pelbagai projek samada baru difikir atau sudah 10 tahun dulu nak buat, tak buat-buat lagi. Untuk itu, aku perlu ada senarai apa yang perlu aku lakukan mengikut aturan dan projek apa yang perlu dilakukan dulu.
- Details
- Category: News
- Hits: 2589
Hi semua. Kami telah melancarkan ruang kedai di alam siber ini dengan nama GarageBox Shop tetapi menggunakan platform Ebay tuan punya GarageBox juga yang dinamakan YusriJamal. Ini kerana kami hanya menjual beberapa Chicklit dan barang elektronik terpakai, serta barang-barang kecil yang kami hasilkan sendiri.
Kenapa Ebay? Ini kerana bagi kami sistem Ebay amat mudah dan boleh dipercayai bagi kami dan pengguna.
Untuk permulaan ini, kami menawarkan harga Backpack TARGUS di Ebay dengan harga RM150 di mana sebelum ini kami tawarkan dengan harga RM200 (Nilai pasaran adalah RM300).
Mari lawat kedai siber kami selalu. Mungkin ada barang baru yang anda impikan sebelum ini.
- Details
- Category: News
- Hits: 2738
Mungkin artikel ini adalah artikel akhir aku sebagai orang bujang.Kalau 20 Mac 2010 aku hendak hantar artikel baru, aku tak pasti. Kalau hendak diikutkan hati, aku malas hendak fikir pasal urusan majlis kahwin ini. Yang penting bagi aku, nikah lebih penting. Yang lain-lain itu, hanya hendak menyedapkan hati orang lain selain aku dan bakal isteri aku. Bakal isteri aku pun tak suka sangat hendak menguruskan semua itu. Kitorang sudah pening kepala dengan kerenah orang yang hendak mengawinkan kami ini. Aku sudah agak benda-benda ini akan berlaku.