Mungkin artikel ini adalah artikel akhir aku sebagai orang bujang.Kalau 20 Mac 2010 aku hendak hantar artikel baru, aku tak pasti. Kalau hendak diikutkan hati, aku malas hendak fikir pasal urusan majlis kahwin ini. Yang penting bagi aku, nikah lebih penting. Yang lain-lain itu, hanya hendak menyedapkan hati orang lain selain aku dan bakal isteri aku. Bakal isteri aku pun tak suka sangat hendak menguruskan semua itu. Kitorang sudah pening kepala dengan kerenah orang yang hendak mengawinkan kami ini. Aku sudah agak benda-benda ini akan berlaku.

 

Seperti biasa, perangai aku, hanya bersemangat buat perkara yang aku suka sahaja. Perkara yang tidak aku suka buat tetapi wajib, aku kena rancang dengan berat hati. Itu yang kalau ada orang kacau rancangan aku, memang aku fire orang tu. Aku ada nasihat kat bakal aku tu, take it easy. Tekanan dia lagi banyak berbanding aku. Dah nak kahwin ni pun ada orang tempat kerja kacau dia. Aku tak boleh hendak tolong. Apa yang aku boleh tolong hanya tolong dengar. Hehhehehe, jahat kan. Betul la, kalau aku manager dalam itu tempat, sure aku plan lain. Tu yang tiap kali dia mengadukan aku, dalam diam-diam, aku drive dia masuk cerita lain. Cool balik dia. Tergelak lah juga.

Sebab itu la aku ajak nikah kat pejabat agama je. Senang.

Aku ini pun rasa malas hendak uruskan semuanya. Untuk menenangkan hati aku, aku buat la perkara-perkara yang tidak menjurus kepada perkahwinan aku. Salah satunya, aku beli WDTV Live. Hehehehehhe. Punya la excited, tercerita pulak kat bakal aku tu. Punya lah dia marah sebab aku mengutamakan WDTV berbanding katil yang dia suruh beli. Yang tidak bestnya, beli aku dapat je barang ni, tak boleh guna. Terpaksa lah tukar kat PJ. Bakal aku tu, memang faham la perangai aku. Bila aku sedih macam budak kecik tak dapat mainan, dia sukarela nak tukarkan barang tu. Yela, aku dok Johor, jauh la hendak pergi PJ. "I tak nak you takde semangat hendak kahwin nanti hanya pasal WDTV ni."

Aku balas, "Yela. Takut i balas imam nikah, aku terima nikahnya WDTV Live dengan mas kahwinnya RM470.00 tunai." hahahahahahah.

Yang keduanya, aku ni lepas kahwin memang kena halau dari rumah. Hendak ikutkan, aku dah pelan keluar dari rumah ni dari tahun lepas. Yela, duit dah banyak lagi nak suruh mak beli sabun dan ubat gigi je kan. Tapi, disebabkan aku dah berjumpa bakal aku ini, aku on-hold niat aku nak beli rumah dan sewa rumah aje. Hendak pindah pun malas. Maka, hendak mengembalikan semangat pindah tu, aku beli set sofa L shape yang besar, katil, rak TV dan coffe table. Benda-benda ini adalah idaman aku kalau duduk kat rumah dalam keadaan selesa. Kenapa aku tak beli almari dan meja makeup ke ape tu? Sebab aku hendak beli dengan bakal aku. Kesian pulak aku, beli katil dan sofa tu sorang-sorang je.

Lepas beli hari itu, tokeh kedai tu hanya boleh hantar lepas Chinese New year aje. Aku pun tak memaksa sangat sebab tokeh ni baru lepas pengsan sebenarnya sebelum aku pergi ke kedai dia. Kesian beb, tekanan CNY. Hahahhahaha. Aku bagi tau kat bakal aku tu, dia tanya, sofa tu besar ke? Boleh romen-romen ke kat sofa tu?

"Besar sayang. Kita hendak threesome pun boleh."

"Apa!!! Ulang balik apa you cakap!!! Perh!!! Ada hati hendak threesome konon. Nafsu je besar, kudrat takde."

Hehhehehehehe.

Disebabkan rumah sewa aku ini takde internet dan aku pun tak rancang ada internet sebab aku biarkan saja line kat rumah emak aku. Boleh adik-beradik aku guna. Lagi pun boleh ON 24 hours tanpa gangguan dan laju kalau aku hendak download file besar. Tapi aku memerlukan internet juga kat rumah sewa ni untuk aku access server kat rumah mak aku tu. Maka, aku kena cari jalan untuk curi line dari mana-mana rumah berdekatan. Tak kisahlah kalau line dia slow, tapi yang penting boleh access rumah mak aku dan sana boleh download laju.

Maka, aku beli N-type connector dengan pigtailnya sekali kat Ebay. Aku akan guna benda tu untuk buat bi-quad antenna dan tala kat rumah orang yang ada AP. Kalau ada WEP, aku kena crack dulu lahnya. Beberapa hari lepas, dapat barang tu, aku tunjuk kat Kokang betapa sukanya aku dapat barang tu. "Yus, ko ni hendak kawin. Tunggu lepas kahwin la baru nak buat antenna ni." Hehheheheh......

Untuk Astro, aku kena masukkan tapi tempah pakej kecik saja. Movie aku boleh tengok kat WDTV. Maybe aku plan aku nak sync NFS dengan Ayell. Itu pun kalau signal rumah dia sampai kat rumah aku. Gila lah 1 TB. Kalau pipe 20kBs, berapa lama hendak siap ni?

Tarikh 20 Mac ini akan menjadi tarikh keramat bagi kami. Aku tak akan lupa tarikh yang dapat menyempurnakan hidup aku dengan isteri aku. Sesungguhnya, dia seorang yang amat memahami aku di kala aku dulu ragu-ragu pemahaman seorang perempuan terhadap aku yang tiada apa istimewa ini. Tapi ingat sayang, jangan marah i kalau i lupa tarikh kita kahwin sebab you sudah lupa tarikh kita bertunang tau.

Terima kasih.