Sebelum ini, saya ada menunjukan eksperimen pertama saya membuat LED berkelip menggunakan Arduino.
http://www.youtube.com/watch?v=42dxigSN6OY
Di sini saya akan tunjukkan bagaimana kita dapat mengawal keluaran (output) dan masukan (input) pada pin-pin digital. Tetapi, untuk artikel kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana untuk mengawal pin keluaran dahulu. Tetapi sebelum itu, anda perlu ada perisian Arduino di komputer anda. Sila muat turun perisian tersebut di sini, http://arduino.cc/en/Main/Software dan pasangkannya di PC anda. Terdapat 3 jenis perisian yang mengikut sistem operasi anda. Sila rujuk laman tersebut.
Pada papan Arduino, terdapat satu pin (pin 13) yang bersamanya bersambung dengan LED yang tersedia dan lubang pin. Maka, dengan itu, eksperimen ini boleh dilakukan tanpa sebarang sambungan luaran atau penggunaan komponen lain.
Mengikut video (yang kurang jelas audionya) yang saya paparkan, papan Arduino akan dipasangkan pada sambungan USB. Selepas itu, lancarkan perisian Arduino dan secara automatik PC akan mengesan papan ini melalui komunikasi sesiri (serial). Jika perisian ini tidak dapat mengesannya, anda perlu pastikan apakah COM PORT yang digunakan papan Arduino dan tentukannya pada perisian tersebut.
Untuk eksperimen ini, kita gunakan program contoh. Dapatkannya di Example > Digital > Blink
Di bawah ini adalah sebahagian daripada program tersebut.
Int ledPin = 13; //LED disambungkan pada pin 13 dan diberi pembolehubah untuknya.
// setup() dijalankan sekali sahaja
void setup() {
// setkan pin tersebut sebagai keluaran
pinMode(ledPin, OUTPUT);
}
// loop() berfungsi berulang-ulang kali
void loop()
{
digitalWrite(ledPin, HIGH); // setkan LED on, ada arus yang keluar.
delay(1000); // tunggu sebentar
digitalWrite(ledPin, LOW); // setkan LED off, tiada arus yang keluar
delay(1000);
}
Program di atas menyebabkan LED pin 13 berkelip.
Untuk video seterusnya adalah dengan meletakkan LED pada pin 8 dan 7, di mana kaki katod LED pada pin 8 dan kaki anod pada pin 7.
Cuba programkan mengikut contoh di bawah.
void setup() {
//Setkan pin 7,8 dan 13 sebagai keluaran
pinMode(ledPin, OUTPUT);
pinMode(ledPin8, OUTPUT);
pinMode(ledPin7, OUTPUT);
}
// the loop() method runs over and over again,
// as long as the Arduino has power
void loop()
{
digitalWrite(ledPin8, LOW); // setkan pin 8 rendah
digitalWrite(ledPin7, HIGH); // setkan pin 7 tinggi.
delay(1000); // tunggu sebentar.
digitalWrite(ledPin8, HIGH); //setkan pin 8 tinggi
digitalWrite(ledPin7, LOW); //setkan pin 8 rendah
}
Lihat video ini,
http://www.youtube.com/watch?v=mfrYZANtkEM
Dari contoh di atas, jika pin 8 rendah dan pin 7 tinggi, menyebabkan arus bergerak dari pin 7 ke pin 8 melalui LED dan seterusnya menyala. Jika pin 8 tinggi dan pin 7 rendah, menyebabkan bergerak pin 8 ke pin……oppsss, arus tidak dapat bergerak, kerana LED hanya boleh membenarkan arus bergerak dalam 1 arah sahaja iaitu, dari anod ke katod. Maka, pada masa ini LED padam. Selamat mencuba.