Perkara ini bukan sahaja aku ada jumpa di cafe dan lapangan terbang tetapi juga di pejabat aku. Ini menyebabkan aku dan kengkawan lain mencari punca AP yang tidak dibenarkan di pejabat sampai akhirnya mengaku kalah sebab tidak berjumpa.
Dari apa yang aku baca pada hari ini (setelah bertahun mencari), rupa-rupanya ia berpunca dari PC (khususnya laptop) yang menggunakan Windows XP sambungan Ad Hoc dan dalam kes ini 'Free Public WiFi'.
Pada asalnya bug Windows XP yang lama, jika tiada sambungan AP dijumpai, XP akan buat satu sambungan Ad Hoc dengan 'Free Public WiFi'. Dan jika ada orang lain menggunakan XP lama ini juga akan ada sambungan Ad Hoc yang sama. Maka sambungan akan dibuat. Tetapi tiada sambungan ke internet.
Jika orang cuba discover AP dan menjumpai AP ini, maka mereka berasa senang hati untuk membuat sambungan dan merasakan ia sambungan percuma.
Seperti virus, kedua-dua punca ini menyebabkan penipuan ini merebak keseluruh dunia sehingga sekarang tanpa disedari.
http://www.techdirt.com/blog/wireless/articles/20101011/03194311357/the-history-of-the-fake-free-public-wifi-you-always-see-at-airports.shtml
http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=130451369