Beberapa minggu lepas, saya ada membeli access point yang ketiga berharga RM250 semata-mata untuk mempelajari kelebihan DD-WRT. Model access point adalah Linksys WRT54GL dan berbeza dengan WRT54G versi 7.0 yang dibeli sebelum ini menggunakan pemproses Atheros.


Kokang ada bertanya apakah perbezaan antara model ini. Secara amnya, Linksys adalah WRT54G adalah siri yang menjadi kegemaran sesiapa yang ingin menukarkan firmware asal ke Linux compatible firmware.

Rupa siri WRT54G adalah sama iaitu, 4+1 ethernet port, 2 antenna dan case berwarna biru. Pemprosesnya menggunakan 32-bit MIPS yang direka oleh Broadcom. Semenjak versi 1 sehingga 4 dikeluarkan, model ini telah mengalami banyak pembaharuan tetapi masih boleh menggunakan firmware pihak ketiga seperti DD-WRT khasnya Linux. Sehinggalah pada versi 5, Linksys telah mula mengecilkan Flash Memory dan RAM untuk mengelakkan digunakan untuk firmware pihak ketiga. Tetapi hacker dan pakar reverse engineer masih berupaya flash firmware pihak ketiga dalam versi 5 dan 6.


Sehinggalah pada versi 7, Linksys telah menggunakan pemproses Atheros yang mana tidak bersesuaian untuk digunakan dengan firmware pihak ketiga ini atau memerlukan pihak lain yang mahu reverse engineer pemproses ini. Ini telah menyebabkan penjualan model ini jatuh dan mendapat tentangan dari pihak yang mahukan model yang boleh digunakan dengan Linux yang diubahsuai.


Maka dengan itu, Linksys telah mengeluarkan 1 model siri ini yang dinamakan WRT54GL (L untuk Linux). Model baru ini menggunakan memori yang tinggi dan bersesuaian untuk digunakan oleh firmware pihak ketiga. Pemprosesnya juga menggunakan pemproses Broadcom. Buat masa ini, 2 versi telah dikeluarkan iaitu versi 1 dan 1.1


Pada waktu yang sama, model WRT54G dengan memori yang rendah masih lagi dikeluarkan untuk versi 8, 8.1 dan 8.2.


Selain daripada siri G dan GL, Linksys juga ada mengeluarkan WRT54GS dan sebagainya mengikut keperluan tertentu dan kadang-kala menggunakan casing yang berlainan.


Firmware pihak ketiga.

Seperti yang saya gunakan, saya memilih menggunakan DD-WRT kerana reputasinya yang tinggi berbanding firmware lain. DD-WRT mempunyai pelbagai kelebihan berbanding WRT54G asal seperti kebolehan menjadi access point, router, bridge, client dan repeater. Mempunyai tambahan servis seperti SNMP monitoring, bandwith traffic, WiFi network control dan pelbagai service lain. 4+1 port ethernetnya juga boleh dikonfigurasi untuk VLAN. Tahap keselamatan yang pelbagai juga banyak boleh dipilih berbanding firmware asal.


Dalam sesetengah kes, ada pihak melakukan overclocking terhadap access point ini. Ini boleh disetkan dalam sistem konfigurasi dan memerlukan kipas pada prosessornya. Ada juga membuat satu sambungan serial pada JTAG.


Terdapat pelbagai projek firmware pihak ketiga selain DD-WRT seperti HyperWRT, OpenWRT, X-WRT, Sveasoft. Kesemua ini berasaskan Linux. Disebabkan kebolahan model ini menerima Linux sebagai OSnya, maka pelbagai program lain dimasukkan dan ini membawa kepada pelbagai kelebihan yang banyak berbanding asal.


DD-WRT

DD-WRT adalah firmware popular dan selain dipasang pada WRT54G/GL ia juga boleh dipasang pada model dan pengeluar lain. Sila rujuk lelaman ini. http://www.dd-wrt.com/wiki/index.php/Supported_Devices


Kelebihan DD-WRT berbanding access point asal adalah,


Setup,

1)      Time setting.

2)      Lebih banyak pilihan untuk DDNS.

3)      Membenarkan MAC Address cloning.

4)      VLAN

5)      Bridging.


Wireless,

1)      Wireless bridging.

2)      MAC Address radius authentication.

3)      Radio time Restriction.

4)      Wireless Distribution System untuk repeater mode.


Services,

1)      PPTP

2)      Hotspot Portal

3)      Chillispot Management


Security,

1)      VPN


Administration,

1)      Cron

2)      JFFS2

3)      Overclocking

4)      GUI theme

5)      Wake-on-LAN


Status,

1)      Bandwidth graphic monitoring.

2)      Router, LAN dan wireless real time monitoring.
3)Banyak system info.