Saya rasa untuk menulis tips ini apabila ada orang yang hanya set network configuration tanpa tahu kenapa dia buat semacam itu. Meletak sesuatu configuration bukan satu cara trial & error untuk truobleshooting yang baik. Banyak buang masa je.
Selalunya kita install LAN dalam sesuatu tempat atau pejabat adalah untuk share data dan internet. Dulu kita menggunakan network card dengan UTP cable. Sekarang ini sudah ada teknologi baru iaitu wifi yang menggunakan radio frekuensi bebas. Konfigurasi network adalah sama untuk kedua-duanya tetapi wifi memerlukan utiliti untuk mengesan frekuensi radio yang mana saya tak cover benda ini. Tips ini hanya untuk network jenis straight tru cable.
1. Selepas kita install network card dengan baik, kita mulakan konfigurasi dengan meletakkan IP address, gateway address dan DNS pada TCP/IP protocol network. IP adalah alamat unik bagi setiap komputer yang dalam LAN. Tetapi hanya 3 jenis ip yang dibenarkan untuk LAN iaitu 10.*.*.* , 172.*.*.* dan 192.168.*.* . Cuba lihat arahan ini. Gateway pula adalah ip router iaitu yang menjadi jambatan kepada client untuk mendapatkan sambungan ke internet. DNS (Domain Name Server) adalah server yang akan menukarkan nama domain kepada alamat ip atau kepada sesuatu host. Tapi jika anda memilih untuk dynamic ip, tak perlu isi semua ini dan anda perlu DHCP server dalam network anda (bagi dynamic ip).
2. Selepas restart PC dan sambungkan cable, mula lah check network anda menggunakan Internet Broswer untuk internet dan My Network Places untuk check PC client yang lain.
3. Jika ada masalah, run "winipcfg" pada windows atau "ipconfig" pada Windows XP/NT/2000 untuk melihat status network. Jika ip address tidak kluar seperti anda setkan maksudnya cable tidak bersambung. Jika ada ip 169.*.*.* menunjukkan ada sambungan cable tetapi tidak dikonfikurasi dengan baik atau tidak dapat menghubungi DHCP server(kalau guna dynamic ip). Jika keluar ip yang diharapkan, network adalah baik. Jika default gateway tidak keluar, menunjukkan anda tidak masukkan gateway. Jika gateway menunjukkan ip yang anda setkan tetapi tiada sambungan internet, pastikan router mendapat sambungan internet dengan baik. Jika tiada ip address DNS server, mungkin tidak dimasukkan. Jika ip DNS betul tetapi tak dapat memasuki internet, cuba ping ip DNS tersebut. Jika ada replay maksudnya server DNS dalam keadaan baik. Jika tidak, cuba tukar kepada DNS lain.
4. Ping domain name dan alamat ip memberikan kita banyak maksud. Jika tiada reply semasa ping (Domain name atau IP) ke internet, maksudnya tiada sambungan internet. Jika terima balasan ping ip tetapi tiada balasan dari domain name, maksudnya ada sambungan internet tetapi DNS server ada masalah. Jika ada balasan dari domain name sahaja sudah cukup menunjukkan sambungan ke internet adalah baik. Kita ambil 1 contoh host tm.net.my mempunyai ip address 202.188.0.132. Jika ada balasan semasa ping tm.net.my, maka network internet ok. Jika tiada balasan semasa ping tm.net.my tetapi ada balasan ping 202.188.0.132, maka DNS ada masalah. Jika kedua-duanya tiada balasan, maka internet ada masalah dan anda perlu periksa LANGKAH 3 semula.