Semasa memulakan semula project DT.OLTB, aku menghadapi masalah module SiS 900 Fasst ethernet untuk Linux (ubuntu khususnya) tidak boleh up. Selepas beberapa kali google, rupanya, hardware ini mempunyai masalah dengan rekaan MAC addressnya.
Setiap kali kita cuba up networknya menggunakan command ifconfig, banyak kali failed. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu assign MAC address (HW address) semasa up guna command ifconfig.
Secara manual, kita boleh jalankan 2 command di bawah jika dalam mode dhcp.
#ifconfig eth0 down hw ether 00:E0:18:B3:A0:F7
#ifconfig eth0 up
Untuk menjalankan network ini secara automatik, sila edit fail interfaces seperti command di bawah.
#gedit /etc/network/interfaces
Selepas itu, cari dan edit line seperti di bawah.
#auto eth0
iface eth0 inet dhcp
hwaddress ether 00:E0:18:B3:A0:F7
Jika sebelum ini anda setup Linux guna static IP, masukkan hwaddress ether 00:E0:18:B3:A0:F7 selepas line iface eth0.
Save fail tersebut dan run,
#/etc/init.d/networking restart
p/s:Aku tak pasti kenapa MAC address boleh diubah-ubah walhal MAC address adalah unik setiap network adaptor.
Tips
Sis 900 Fast Ethernet driver setting untuk Linux (Ubuntu)
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: tips
- Hits: 2133