Pada asalnya, beli pam air elektrik, Solar Charge Controller dan Solar panel.
Semuanya tidak membantu dalam projek kali ini. Kalau masalah rating yang tidak sesuai, tidak ada masalah. Tetapi kali ini, fungsinya tidak menetapi kehendak.
Pam air elektrik, sepatutnya boleh mengepam air tetapi tekanannya hanya 1.7 bar. Untuk pam air dengan tekanan yang amat rendah ini memerlukan pam air ini ditenggelamkannya di dalam air. Tekanan air membantu menolak air terus ke dalam pam air dan seterusnya pam menolak air keluar dari satu lagi salur. Tetapi pam ini bukan jenis submersible. Wayar yang disediakan pun pendek. Ada cuba tenggelamkannya, boleh berfungsi tetapi tak tahu berapa lama boleh bertahan.
Cuba tengok di youtube, ada orang guna pam yang sama dan ditenggelamkan dalam air dan tiada masalah. Boleh diperbuat dari bahan macam seramik. Sesuai untuk pam air panas. Tetapi tak boleh ditenggelamkan dalam air????
Solar charge controller pula mempunya fungsi automatic timer. Maksudnya, setiap kali arus dilalukan pada beban (mentol contohnya) akan mengikut masa yang ditetapkan. Selepas itu, off. Tiada satu mod atau fungsi supaya controller memberi kuasa pada beban 24/7 tidak kira siang (solar panel) dan malam (bateri) sehingga bateri habis kuasa.
Rupanya ada controller yang dikenali regulator controller yang tiada timer dan tidak boleh diprogram serta LEBIH MURAH pula.
Solar panel pula menghasilkan arus 1A atau kurang. 10watt / 12V DC = 0.83333A =833.333mA. Maksudnya, kalau kita nak cas bateri 7AH, memerlukan 7 jam untuk bateri penuh dengan kuasa. Lebih kurang.
Ni semua sebab salah percaturan. Tidak buat pengiraan dahulu. Tetapi kadang kala, kita beli dulu, baru tahu. Kalau tak beli, sampai bila-bila tak tahu.