Dalam CSI (Crime Scene Investigation), musim 13 episod 10 minggu lepas, menceritakan bagaimana penjenayah membunuh menggunakan senjata yang dicetak menggunakan pencetak 3D (3D printer).

Nampak seperti satu cerita rekaan tetapi baru-baru ini secara tidak sengaja seseorang telah membeban naik satu rekabentuk bahagian bagi senjata AR-15. Laman Thingiverse, yang menghoskan fail-fail 3D yang sedia untuk dipilih dan dicetak oleh pengguna lain selama ini tidak membenarkan sebarang fail 3D untuk senjata disimpan di lamannya.

Penerima bawahan (lower receiver) sebahagian AR-15 yang dicetak menggunakan pencetak 3D.

 

Serentak dengan kejadian di Connecticut baru-baru ini, pihak pengurusan laman tersebut telah memadamkan fail tersebut bagi mengelak dibeban turun oleh pengguna internet lain.

Pencetak 3D ini hanya popular pada orang-orang yang terlibat dengan penggodaman, rekabentuk bahan, pembelajaran dan beberapa orang meminatinya sahaja. Mungkin bahan yang digunakan hanyalah plastik dan pembikinan sesuatu barang adalah tidak sesuai kerana ketahanannya dan bahan asasnya.

Tetapi kejadian di Thingiverse, membuktikan senjata boleh dicetak tetapi keupayaannya untuk berfungsi tidak diketahui.

Raifel AR-15 yang sebenar. Cuba lihat lower receiver (penerima bawahan)

Dengan perkembangan teknologi dan keupayaan Arduino sebagai pengawalmikro, sudah ada penggodam yang mula membina pencetak 3D. Ini dapat dilihat dalam Konvension MakerFaire di Amerika Syarikat tidak lama dulu, ada penggodam yang berupaya membina pencetak 3D yang sudah tentunya murah.

Agak pelik dalam cerita CSI ini, harga pencetak 3Dnya berharga USD400 000 tetapi pernah terlihat harga yang ditawarkan di Malaysia untuk di bawa masuk dari MakerFaire bagi tujuan DIY hanya di bawah RM5000.

http://www.forbes.com/sites/andygreenberg/2012/12/19/3d-printing-startup-makerbot-cracks-down-on-printable-gun-designs/