Sudah ada peminat Raspberry Pi yang membina komputer bergerak. Rekabentuk kali ini, seperti Nokia Communicator tetapi lebih tebal dan lebih mantap dari segi sistem operasinya.

 

Diberi nama Pi-to-go. Spesifikasinya yang hampir lengkap seperti sebuah komputer riba, dengan keyboard kecil USB, SSD, Bluetooth, Wifi dan termasuk bateri yang boleh dicaj.

Sangat menarik dan berjaya dibina denga baik bagi mereka yang obses dengan Raspberry Pi walaupun tidak boleh menandingi produk komersial. Walaupun mempunyai keupayaan yang rendah, Raspi boleh menjadi pelayan bagi perkhidmatan yang kurang trafik.

 http://blog.parts-people.com/2012/12/20/mobile-raspberry-pi-computer-build-your-own-portable-rpi-to-go/