Aku tak tahu, samada orang yang buat review ni tahu tak apa yang dia bandingkan untuk mengangkat martabat produk yang dia suka. Dalam video di bawah, si Gordon cuba membuat review dengan membandingkan produk terbaik Intel Next Unit of Computing dengan Raspberry Pi.

http://www.youtube.com/watch?v=NT0Kt6n3ilM

 

Produk terbaru Intel ini cukup lengkap untuk menjadi HTPC (Home Theater PC) dengan harga USD400 berbanding Raspberry Pi, USD35, yang tidak lengkap. Tetapi host video ini perlu tahu bahawa tujuan utama Raspberry Pi dicipta adalah untuk menjadi alat pembelajaran komputer dan programming di peringkat sekolah dengan kos yang rendah.

Walapun RasPi mempunyai keupayaan yang rendah dan sebahagian modul perlu dibeli berasingan dan dipasang tetapi masih dapat berfungsi dengan baik untuk tujuan utamanya. Untuk menjadikan RasPi sebagai HTPC, ini adalah satu bonus dan hanya sesuai bagi penggodam yang mempunyai keinginan sahaja.

Intel Next Unit yang mahal, setakat menjadi HTPC sekurang-kurangnya dibandingkan dengan WDTV yang berharga bawah USD100. Kalau dijadikan PC, harganya amat mahal untuk dipasang di sekolah. Kalau digunakan oleh pengguna biasa, lebih baik mereka beralih kepada PC desktop yang boleh digunakan dengan pelbagai aplikasi.

Rasanya, host patut bandingkan Intel Next Unit dengan Apple I.