Pada tahun 2000, adalah tahun kegemilangan kawan-kawan di Utara Johor dalam penggunaan mIRC. Dari 1997, mulanya mereka tahun menggunakan mIRC dan seterusnya 1998 sehingga 1999 mereka tahu menulis dan menggunakan skrip di mIRC. Dan seterusnya penggunaan Eggdrop, shell dan macam-macam lagi sehinggalah tahun 2000 mIRC menjadi medan perang. Rampasan channel menjadi agenda. Ego mengatasi segala-galanya. Maruah dicabar. DOS – Denial of Service dan BSOD –Blue Screen of Death adalah satu cara terakhir seperti meletupkan bom nuklear. Pertarungan Linux-Windows bermula. Linux dipelajari hanya untuk menentang Windows. Perampas channel adalah hero yang dibenci.
Sekali fikir, ianya berlaku seperti di atas bumi tetapi sebenarnya berlaku pada dalam dunia maya. Atau lebih tepat lagi, IRC – Internet Relay Chat, di server undernet. Lebih melampau, ada yang menghantar perisik ke tempat musuh di café siber yang disyaki tanpa disedari. Sanggup dari Johor ke Melaka nak cam siapa pengacau sebenar. Dari situ, tertubuhnya kumpulan tidak rasmi, MsH – Mamat Spender Hijau.
Dan pada tahun 2000 juga, berlakunya DOS yang amat teruk berlaku di USA. Laman syarikat DELL, CNN, eBay, Amazon, E*TRADE dan Yahoo gagal berfungsi mengejutkan dari ahli teknologi Silicon Valley hingga White House.
Serangan ini dilakukan oleh seorang budak berumur 15 tahun dari Montreal, Canada. Dari asalnya seorang script-kiddies sehingga menjadi seorang yang mampu mengkod program DOSnya sendiri. Akhirnya, dia ditangkap dan didakwa menyebabkan serangan DOS di USA. Dia dikenali sebagai Mafiaboy.
Pendakwaan terhadap Mafiaboy sangat berhati-hati di Canada dan USA kerana beberapa tahun sebelumnya, FBI telah menangkap, mendakwa dan menghukum Kevin Mitnick, seorang hacker yang sebelum itu menghilangkan diri. Kes Mitnick mendapat pemerhatian hebat dari pelusuk dunia dan menjadi selebriti. Masih lagi sehingga kini. Maka, untuk kes Mafiaboy, kerajaan USA cuba untuk tidak mensensasikannya dan pada waktu yang sama dapat membuktikan kesalahannya.
Aku beli buku ini (selain beli bersama buku Kevin Mitnick) selepas beberapa tahun menunggu buku MafiaBoy:How I Cracked the Internet and Why It’s still Broken di pasaran tempatan tapi masih belum ada. Pengkisahan perjalanan hidup Mafiaboy sebelum, semasa dan selepas ditangkap terlalu terperinci yang mana, ianya membosankan. Pada permulaan bab, ada beberapa perkara yang agak menarik seperti bagaimana dia mula terlibat dengan komputer, mencipta keyakinan di kalangan ahli kumpulan, menghabiskan waktu malam dengan mengkod program (macam aku pernah dengar la gaya dia ni), belajar Linux hanya untuk nuke?? (sudah 4 orang yang bagi tahu aku sebab dirg belajar Linux at first please), make enemy for life dan macam-macma lagi. Yang menariknya, semua itu ada di dalam MsH.
Bro, bak kata Mafiaboy, takpe kalau kita bermula sebagai script kiddies kalau kita hendak menjadi pengkod yang paling hebat. Sekurang-kurangnya, di situ kita mula belajar.