Sebelum ini, kami juga merancang untuk membina laman yang boleh memalukan pesalah jalanraya di Malaysia. Tetapi kami kekurangan dana, maka projek dilupakan. Laman ini kami jumpa bertujuan untuk memalukan para pesalah jalan raya dengan memaparkan kenderaan mereka yang melakukan kesalahan bersama-same lokasi, jenis kesalahan dan nombor plet.

Mungkin cara ini dapat memalukan mereka ini dan juga memberi kita panduan dan langkah berjaga-jaga jika kita menjumpai kenderaan dalam senarai tersebut semasa memandu.

Mungkin juga kita boleh hon 3 kali kepada mereka yang tersenarai.