File server aku pada hari ini tidak berfungsi dan tiada paparan. Tiada beeping. Selepas beberapa troubleshoot dilakukan, didapati bahawa RAM dan slot RAM ditimbuni habuk.

Bagaimana habuk ini boleh berada di situ?

 

Walaupun casing server ini tertutup, masih terdapat lubang-lubang angin yang menyedut habuk dari luar masuk ke dalam server? Kenapa? Untuk pengaliran angin sejuk masuk dan menyejukkan bahagian dalaman server tersebut terutama sekali processor.

Masalah yang saya hadapi adalah kerana habuk-habuk telah melekat dengan tebal pada RAM dan slot RAM tersebut. Ini menyebabkan semacam satu short circuit pada motherboard dan seterusnya gagal berfungsi (boot).

 

Habuk ini mungkin kering tetapi mampu memberi kesan pada motherboard. Habuk ini telah dikumpul sedikit demi sedikit oleh kipas processor yang berputar di sebelah RAM tersebut.

Jika anda perhatikan gambar di atas, terdapat habuk pada slot RAM. Kipas di sebelahnya telah mengumpul habuk ini. Di sini, saya dapati reka bentuk kipas pada motherboard ini telah memberi kesan buruk kepada RAM. Aliran udara dari luar ke heatsink telah mengumpul habuk tanpa kita sedari. Apa yang baik untuk kita adalah melakukan maintenance atau pemeriksaan berkala pada motherboard ini. Ini kerana tanpa pemeriksaan, server ini akan berhenti berfungsi tanpa disedari.

Atau yang lebih baik, pembuat motherboard perlu mengelak membina motherboard yang boleh mengganggu aliran angin dan juga pengumpulan habuk tanpa kita sedari.