HITB 2008 lepas, aku telah membeli satu set lockpicking tool dari TOOOL USA. Berharga RM150 dan merasakan agak kurang membantu. Memilikinya lebih catchy berbanding tahu menggunakannya. Sudah masuk 2-3 hari masih lagi mesti gagal membuka kuncinya. Akhirnya lockpicking ini dipinjamkan kepada Kokang. Akhirnya pengalaman dan teknik mengumpil kunci perlahan-lahan dapat dikuasai. Bermula dengan mangga kunci TRI-CIRCLE yang terlalu rumit. Berpandukan forum dan video yang mengatakan hanya menggosok mata di dalam lubang kunci dapat membuka mangga kunci. Tetapi mendapat ilham dari Kokang, mata pertama adalah selak keselamatan, di mana jika mata ini ditolak, akan mengunci dan menghalang lubang dipusing. Hanya 3 mata di dalam perlu ditolak, memusingkan lubang kunci dan akhirnya membuka mangga tersebut.
Cabaran seterusnya, kunci pintu (lupa jenis apa). Agak rumit tetapi sekali boleh dibuka selaknya, untuk tutup kembali selaknya, lebih susah.
Cabaran ketiga adalah kunci yang agak terkenal mengunci almari baju, laci dan cabinet. Jika dilihat anak kunci yang terlibat dari mata kasar, gigi-giginya terdapat di kedua-dua belahnya. Dan merasakan lubang mempunyai mata di kedua-dua belah lubang kunci. Tetapi sebenarnya mata hanya terdapat pada sebelah sahaja. Ini memudahkan kerja mengumpil.
Cabaran akhir, mangga kunci Hitam Syila (lupa nama manufacturer). Berat dan berwarna hitam kasar. Amat mudah sebab setiap kali menolak mata-mata, akan terasa getaran di jari pemulas.
Secara asasnya, untuk mempelajarinya adalah mudah. Teori 20% tetapi pengalaman adalah selebihnya. Kerana, lain orang, lain cara setiap orang merasa mata-mata dalam lubang kunci. Yang penting, tahu bagaimana kunci berfunsi, tahu kelemahan dan kelebihannya, eksploitasi kelemahan dan kelebihannya, maka anda akan tahu bagaimana membukanya tanpa kunci. Bagi aku kelemahan setiap kunci mempunyai kelemahan pulasan awal.