Dari isu Jeff Ooi, banyak perkara bersangkutan telah berlaku. Penyalahgunaan internet sebagai medium maklumat telah disalahtafsir kepada jenayah komputer dan internet.

Pada waktu ini juga ramai yang ingin mengetahui apa itu blog dan bagaimana menggunakannya.

http://www.mycen.com.my/duasen/171004_blogging.html

Minggu lepas, Dato Noh Omar mengatakan kerajaan akan mengambil tindakan ke atas sesiapa juga yang menggunakan komputer dan internet bagi melakukan jenayah. Ini termasuk remaja dan orang muda yang memikirkan mereka tidak akan diambil tindakan. Beliau juga mengatakan kerajaan juga berkeupayaan untuk mengesan mereka dengan teknologi terkini.

Kenyataan beliau ini bertentangan dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Musa Hassan, yang mengatakan polis tidak berkeupayaan untuk mengesan penjenayah komputer. (Kedua-dua kenyataan ada di Berita Harian 15 Okt 2004) Oleh itu, beliau meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggubal satu peraturan yang mewajibkan setiap internet cafe mendaftarkan penggunanya dalam satu rekod. Mungkin beliau lupa ada 2 perkara pendaftaran pengguna tidak dapat dilaksanakan. 1) Bekas PM Dr. Mahathir sendiri menghalang jangan ada pendaftaran penggunaan internet di internet cafe. 2) MSC Bill of Guarantees - Cuba rujukan link di atas.

Penguatkuasaan peraturan kecil ini sebenarnya banyak menunjukkan kelemahan kerajaan dalam menyelesaikan masalah. Kesemua undang-undang cyber yang telah digubal sesungguhnya telah cukup dan ia menjadi modal kepada negara luar. Kegagalan kerajaan mengatasi jenayah cyber adalah disebabkan kekurangan daya saing. Jangan harap isu keselamatan cyber dapat selesai dengan kerjasama pihak luar.

http://www.efa.org.au/Campaigns/compareasia.html