Lanjutan dari insiden JeffOoi.com, ramalan kami adalah tepat dan sesungguhnya, ini memalukan umat sahaja. Ini menunjukan bahawa kekurangan maklumat, ilmu, dan fanatik menjadikan pendapat sendiri menjadi racun. Jeff Ooi sebelum itu telah mendapati 'Anwar' yang menjadi orang yang melakarkan pendapat konservatif (air kencing dan Islam Hadhari) mengakses internet dari host IP tetap (fixed ip) yang mana ini mudah bagi penyiasat memperolehi maklumat siapa yang menggunakan komputer untuk tujuan jahat itu. Beliau serba salah untuk memaparkan IP ini kepada umum atau tidak.
Tetapi, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Dr Lim Keng Yaik telah menyatakan bahawa individu tersebut telah dikenal pasti. Dia adalah seorang juruteknik makmal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, berumur dalam lingkungan 30 tahun dan beragama Islam. Dr Lim melahirkan rasa terkejut kerana ada orang Islam memperlecehkan agama umatnya sendiri.
http://www.jeffooi.com/archives/2004/10/anwar_identifie.php
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/10/16/latest/19344Manwhoin&sec=latest
Cara kementerian mengesan individu ini melalui MIMOS (melalui NISER sebenarnya) amat menarik walaupun kurang maklumat sebenar mereka lakukan. Mungkin Kokang berminat nak tau. Lagi pun IP yang dikesan fixed. Senang la.
http://www.jeffooi.com/archives/2004/10/to_be_fair.php
Dalam isu ini, Jeff Ooi menjadi mangsa. Beberapa orang fanatik masih lagi menuding padanya artikel itu beliau yang tulis. Adakah mereka faham apa itu blog? Semasa kami menaip berita ini, kami baru lepas membaca beberapa artikel politik dari BN dan PAS. Mereka masih menganggap Jeff Ooi yang menulis artikel itu. Itu, yang kami terangkan beberapa rakan kami bahawa kalau kurang ilmu dan maklumat jangan cuba menyimpul pendapat sendiri. Barang haram sampai bila-bila tak boleh disucikan. Nasib baik kita masih ada beberapa orang yang masih berakal seperti Husam Musa, orang kanan PAS.
JeffOii.com - Terserlah, fanatik memakan diri dan memalukan umat.
- Details
- Written by: Mr Garage
- Category: News
- Hits: 2387