Sebelum ini GarageBox ada menerbitkan artikel bertajuk, Gagal install Windows XP pada HP Compaq Presario V3128TU. Salah satu sebab adalah Windows XP tidak mempunyai driver untuk harddisk SATA atau lebih dikenali sebagai chipset ACHI. Didapati kebanyakkan CD Windows XP yang lama tidak mempunyai driver untuk chipset ini.
Untuk mengelakan pemasangan (setup) Windows meminta driver dari drive A:, kita perlu melakukan slipstream terhadap CD Windows XP setup. Dengan kaedah ini, driver chipset yang terbaru boleh dimasukkan ke dalam Windows XP setup tersebut. Di internet ada pelbagai tutorial yang menerangkan cara dan salah satunya adalah dengan kaedah manual seperti di sini, http://www.thinkdigit.com/forum/archive/index.php/t-559.html
Kami telah beberapa kali mencuba secara manual untuk menambah driver baru tetapi gagal sehinggalah kami menjumpai utility yang amat mudah untuk slipstream yang dikenali sebagai nLITE.
Sila download utility ini dan install ke PC. Ambil CD Windows XP dan copy segala fail dari CD tersebut ke dalam harddisk PC di folder c:xp.
Lancarkan nLITE, dan tekan Next. Dipaparan seterusnya, sila kesan lokasi fail yang di copy tadi iaitu c:xp. Jika betul, Product Name, Language, Service Pack, Version, Path dan Size akan dipaparkan. Seterusnya tekan Next 2 kali sehingga paparan Task Selection. Pilih Drivers untuk memasukan driver baru dan Bootable untuk menjadikan CD yang boleh diboot. Selepas itu, tekan Next.
Di paparan Drivers, tekan Insert dan masukkan driver yang baru. Tekan Next dan nLITE akan melakukan proses slipstream ke atas Windows XP setup.
Selepas itu, di paparan Bootable ISO, setup Windows XP yang telah dislipstream boleh di burn terus ke CD atau ke format ISO.
nLite bukan sahaja boleh menambah driver baru tetapi juga boleh memasukkan Service Pack, patches, mengeluarkan driver yang tidak perlu, memasukan ID, tweak dan setting yang mana semua ini tidak lagi ditanya seperti pemasangan biasa.
nLite juga boleh digunakan untuk Windows 2000 dan Windows Server 2003.